SINOPSIS JODOH-JODOH ANNISA

SINOPSIS JODOH-JODOH ANNISA - Sebenarnya setiap kali habis drama lama, aku malas nak layan yang baru. Tapi semalam TER-tengok pula drama Jodoh-Jodoh Annisa. Tiba-tiba rasa nak follow sebab pelakon mostly best.


JUDUL : JODOH-JODOH ANNISA
JUMLAH EPISOD : 100 episod
HARI / MASA : Isnin-Jumaat, 6.00 petang
SLOT : Astro Prima 105 & Prima HD 121
PENULIS SKRIP : Dinda AF Suratman & Yayu Yuliani
PENGARAH : Riza Baharudin
PENERBIT : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Izara Aishah, Aaron Aziz, Amar Baharin, Raja Afiq, Afiq Muiz, Fatin Afeefa, Rosnah Johari, Liza Abdullah, Shiqin Kamal, Fizz Fairuz, Fikhree Bakar, Syeera Aziz, Daniella Sya, Adam Corrie, Badrul Muhayat, Hilal Azman, Shah Rezza, Azhar Amir, Ekin Kamarudin, Zalfa Zin

SINOPSIS JODOH-JODOH ANNISA

Mengisahkan tentang mengisahkan tentang konflik keluarga, perebutan kuasa dan perjalanan Annisa yang penuh liku. Annisa merupakan seorang anak kepada ahli perniagaan, Tuan Azhar. Annisa mendapat tahu bahawa pernikahannya dirancang atas nama bisnes.

Annisa merasakan dia seolah "dijual" oleh bapanya sendiri. Oleh kerana itu, Annisa telah membatalkan pernikahannya bersama Nizam. Keputusan yang dibuat Annisa itu telah menimbulkan kemarahan dan mendatangkan malu pada keluarganya.

Konflik kehidupan Annisa bermula. Dapatkah dia menangani konflik hidupnya sendiri? Jom sama-sama menonton Jodoh-Jodoh Annisa di Astro Prima, jam 6 petang.

The writer,
Tunsha Ayunie

Post a Comment

0 Comments