JANGAN DERMA DARAH JIKA.............

JANGAN DERMA DARAH JIKA............. Di mana tempat pun, kempen menderma darah sering dilakukan. Ini untuk memastikan mereka dapat membantu insan-insan yang memerlukan. Walaupun seruan kempen menderma darah ini untuk semua, tahukah korang bahawa, tidak semua daripada kita layak untuk menderma darah?

- Google source -
Sebelum menderma darah, sebaiknya korang semak dulu kelayakan sama ada korang boleh, tidak boleh ataupun tidak patut menderma darah.
.

TIDAK BOLEH menderma darah jika :


⚈ Pernah mempunyai penyakit kronik dan pernah menjalani pembedahan major atau utama.
⚈ Baru sahaja terdedah dengan penyakit berjangkit.
⚈ Mempunyai imunisasi tertentu dalam 4 minggu terakhir.
⚈  Baru sahaja menjalani rawatan gigi yang rumit. (Di nasihati selamat untuk menderma darah selepas 24 jam membuat tampalan atau pun 7 hari selepas mencabut gigi)

*** Sila dapatkan konsultasi doktor terlebih dahulu untuk pandangan dan nasihat.


TIDAK PATUT menderma darah jika :

⚈ Demam, selesema, sakit tekak dan berkahak.

⚈ Masih mengambil antibiotik atau baru sahaja menghabiskan antibiotik dalam masa 7 hari.
⚈ Mengandung atau baru sahaja melahirkan anak dalam tempoh masa 6 bulan.
⚈ Mempunyai hepatitis A atau jaundice (demam kuning) dalam masa 12 bulan.
⚈ Mempunyai tatu kekal atau separa kekal atau bertindik di mana mana bahagian badan. Di khuatiri risiko jangkitan seperti Hep B, Hep C and HIV (jarang) kerana pengunaan jarum.
⚈ Baru membuat akupuntur dalam masa 4 bulan.(Risiko oleh penggunaan jarum yang di kongsi. Di nasihati membuat rawatan akupuntur dengan mereka yang berdaftar dengan pihak berkuasa)
⚈ Anda sendiri menerima darah dan menjalani rawatan.

*** Sila dapatkan konsultasi dan pandangan doktor sebelum menderma darah.

TIDAK BOLEH menderma darah selama 12 bulan selepas mempunyai hubungan kelamin bersama :

⚈ Commercial sex worker (pelacur).

⚈ Mereka yang menyuntik dadah/ penagih dadah.
⚈ Mereka yang mengalami haemophilia (kondisi dimana menghalang pembekuan darah)
⚈ Mereka yang sering bertukar pasangan seks
⚈ Golongan homoseksual dan biseksual

*** Sila dapatkan konsultasi dan pandangan doktor terlebih dahulu

TIDAK AKAN BOLEH menderma darah sekiranya :
⚈ Mempunyai HIV
⚈ Mempunyai Hepatitis C
⚈ Mempunyai syphilis
⚈ Di bawah pengaruh dadah dan menyuntik diri dengan dadah
⚈ Pekerja seks komersial (pelacur)

YANG BOLEH menderma darah :
⚈ Sesuai dan sihat.
⚈ Berat diantara 50kg hingga 160kg.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua.



Post a Comment

2 Comments

  1. Kak pip low HB sejak dulu lagi , so mmg bila nak derma darah, kena reject...

    ReplyDelete
  2. Tak pernah derma darah lagi...

    ReplyDelete