KALAU KUAT ITU HANYA PILIHAN YANG KITA ADA....

KALAU KUAT ITU HANYA PILIHAN YANG KITA ADA.... Orang nampak aku seorang yang kuat. Hakikatnya, aku memang tiada pilihan lain selain menjadi kuat. Bukan senang okay... kadangkadang aku mengaku juga, aku diambang putus asa.

Aku hanya fikir..
Sudahlah Tuhan.. Ambil saja nyawa aku. Untuk apa hidup di atas derita? Apa yang aku mahu aku tak dapat. Malangnya hidup aku serba serbi. Ya, keimanan aku bukan kukuh sangat. Aku alpa, aku lupa. Aku hanya mahu yang indah. Manusia mana yang mahu kurang?

Masa diberikan kesihatan, aku buat tak tahu. Doktor suruh makan ubat hingga akhir hayat, aku tak makan. Rasa bila dah sihat, semuanya sihat. Tak payah makan ubat. Aku yang lalai mendengar kata, padahnya juga, aku yang terima.


Bila aku disahkan kembali menjadi pesakit, dunia aku gelap. Aku memberontak sangat. Berapa kali cubaan bunuh diri, aku stress teruk, aku sunyi hingga mengalami depressi. Masa tu aku tak suka nak bergaul dengan sesiapa. Rasa rendah diri.

LIFE MUST BE GO ON GUYS !

Dulu... ya, dulu aku macam tu. Tapi semakin hari aku di uji, aku semakin kuat. Ujian bukan calang-calang ujian. Ujian yang melibatkan emosi dan mental aku. Disaat aku lemah, aku bukan terus lemah, tapi aku mencari kekuatan lain.

Tak cukup dengan KEGAGALAN BUAH PINGGANG, aku tiba-tiba disahkan mengalami KANSER TIROID dan seterusnya POST-TRAUMATIC STRESS DISORDER (yang menyebabkan sometimes aku depress) .

Bila aku fikir, sebenarnya sakit aku tak lah seteruk orang lain yang lebih teruk dari aku. Mungkin perkara ini sangat klise tapi aku memang selalu tengok kesusahan orang lain, supaya aku menjadi seorang yang betul-betul bersyukur.

MENJADI KUAT ITU PILIHAN AKU...

Aku tak impikan lebih dalam hidup aku. Aku cuma nak berjaya dunia akhirat. Dan aku ingin menjadi seorang WANITA KUAT DAN TABAH hingga akhir nafas aku. Allah SWT uji aku dengan suami yang tidak mampu berjalan disaat aku perlu berjuang untuk diri aku sendiri.

Jadi, apa pilihan yang aku ada?

YA, MENJADI KUAT !

Love,
Tunsha Ayunie


Post a Comment

0 Comments