SAYUR ICE PLANT MASAK TUMIS KILAS DENGAN SOTONG

SAYUR ICE PLANT MASAK TUMIS KILAS DENGAN SOTONG - Korang pernah makan Ice Plant? Pernah dengar? Aku pun sejak tuan suami berniaga ni, baru aku tahu pasal sayur Ice Plant ni.  Haritu tuan suami ada bawa balik sebungkus, aku letak dalam peti ais agak lama dan ada yang dah layu. Nak makan macam tu, muak pula. So aku buat goreng kilas dengan sotong aje.

MASAK SAYUR ICE PLANT MASAK TUMIS KILAS DENGAN SOTONG

RESEPI SAYUR ICE PLANT MASAK TUMIS KILAS DENGAN SOTONG

Tumis bawang holland dan bawang putih. Kemudian masukkan kicap cair dan sedikit gula. Masukkan Ice plant dan akhir sekali masukkan sotong. Jangan masak terlalu lama.

PENGENALAN ICE PLANT

Ice Plant atau nama saintifiknya Mesembryanthemum crystallinum popular sekitar tahun 1930 tapi kini kian dilupakan.


Nak beli ICE PLANT? Klik wasap.my/60176701489

TEKSTUR DAN RASA ICE PLANT

Dari segi tekstur, Ice Plant merupakan sayuran yang rangup dan mempunyai rasa yang sedikit masin. Batang Ice Plant mempunyai bebiji kristal yang kelihatan seperti garam. 

Selain boleh dimakan mentah/segar , Ice Plant juga boleh dimasak secara goreng kilas atau dijadikan sebagai tempura.

KEBAIKAN ICE PLANT

Ice Plant digunakan untuk rawatan keradangan paru-paru serta penyakit hati. Boleh dijadikan salad, hiasan diatas makanan, juga sebagai pengganti sayur bayam dan juga timun. 



Oleh kerana Ice Plant merupakan sayur yang agak rare, maka harganya juga agak mahal. Biasanya Ice Plant dimasak di restoran mewah atau hotel saja.

The writer,
Tunsha Ayunie

2 comments:

  1. Tak pernah jumpa, tak pernah makan tapi macam menarik jer untuk cuba..

    ReplyDelete