SINOPSIS ASALKAN DIA BAHAGIA (TV3)

SINOPSIS ASALKAN DIA BAHAGIA (TV3) - Hai korang, jangan lupa saksikan drama Asalkan Dia Bahagia, yang menggandingkan Shukri Yahaya dan Ayda Jebat. Haaa tak pernah lagi kan tengok diorang ni berlakon bersama? Sebagai peminat Shukti Yahaya, drama ni masuk dalam list aku awal-awal lagi. Lolsss


JUDUL : ASALKAN DIA BAHAGIA
SLOT : Akasia TV3
PENGARAH : Jamal Khan
PENERBIT : Zamriez Golden Picture Sdn Bhd
PELAKON : Ayda Jebat, Shukri Yahaya, Idris Khan, Nadiyah Shahab, Marisa Yasmin, Esma Dainal, Rahim Omar

SINOPSIS ASALKAN DIA BAHAGIA

Mengisahkan tentang Adira Imani yang merupakan seorang anak angkat. Disebabkan dia tahu akan statusnya, dia menjadi rendah diri dan hanya merelakan apabila dia dijodohkan dengan Haris Aryan yang juga kenalan abangnya Ikmal Reza.

Tanpa pengetahuan Adira Imani, abang angkatnya, Ikmal sudah lama sukakan dia dan memasang niat untuk melamarnya bila Adira telah tamat belajar. Namun perkara sebaliknya berlaku apabila ibu mereka menjodohkan Adira dengan Haris dan perkahwinan tersebut dipercepatkan.

Konflik terjadi apabila hadirnya orang ketiga.

Orang ketiga di mata Haris ialah Ikmal. Tapi, orang ketiga di mata Adira ialah Afida, sepupu kepada Haris yang suka menempel dengan Haris.


Post a Comment

0 Comments