TAK SALAH PUN MENGHARAP KATA-KATA POSITIF DARI ORANG LAIN

TAK SALAH PUN MENGHARAP KATA-KATA POSITIF DARI ORANG LAIN - Aku seorang pesakit kronik yang bersuamikan seorang orang kelainan upaya. Ada masa, aku menjadi inspirasi pada orang lain, ada masa, aku mencari seseorang yang boleh memberi inspirasi pada aku, dan ada masa aku juga kecundang dengan emosi sendiri.

Orang sakit, ada masa dia mengalami depressi sendiri. Depressi, adakalanya kita tidak sedar ianya datang. Depressi berlaku akibat kita terlalu stress. Apa yang kita perlu? Ya, sebuah sokongan dan kata-kata yang baik dari keluarga atau orang sekeliling.


Aku menaip bukan berkenaan diri aku saja, tapi orang yang rasa apa yang aku rasa. Tak semestinya orang yang meminta kata-kata positif dari orang lain itu bermakna dia masih down atau tidak menerima takdir, tapi ia berpunca dari stress..

Penyakit melibatkan emosi bukan perkara yang main-main ya :)

Mungkin hidup kita sudah terlalu indah dan sempurna, kita tidak nampak apa yang orang lain lalui. Ada ketika, orang sakit juga memerlukan lebih sokongan dari orang lain, especially keluarga dan sahabat.

Zaman di media sosial ini, adakala orang tak tahu nak luah pada siapa. Bila luah di media sosial, sudah tentu mengharapkan doa dan kata yang positif dari sahabat di alam maya. Kata-kata yang positif itu yang buat kita bersemangat semula, lebih kuat, dan mula bangkit.

Akhir kata, untuk korang yang sakit, tidak lagi bersemangat untuk hidup, percayalah, kebahagiaan kita saja yang cari. Jangan zalimi diri sendiri dengan meminta mati. Aku berpesan-pesan pada diri sendiri juga.

Moga kita sama-sama menjadi hamba yang diredhai.

Salam sayang,
Tunsha Ayunie

Post a Comment

3 Comments

  1. Aamiin. Moga Auni terus tabah dan kuat 😊

    ReplyDelete
  2. Keep strong and smiling. Betul tu, orang yang tak sakit pun boleh stress, nikan pulak orang sakit lagilah teruk. Bagi saya, depression ni sangat bahaya, saya panggil inner monster 😂 sebab tak nampak secara luaran. Kata-kata positif sedikit sebanyak dapat bantu kita tanpa kita sedar.

    Harap auni tetap tabah and tetap menulis. You're good in writing.

    ReplyDelete