RAI POSTPONE LAGI SEBULAN

RAI POSTPONE LAGI SEBULAN - Tak habis lagi kisah pasal aku RAI ni. Aku frust juga sebab dah dua kali postpone. Sebelum ini postpone sebab tekanan darah aku rendah. Jadi doktor postpone 3 bulan.

Macam biasa, sebelum RAI, pesakit DIWAJIBKAN untuk berpantang beberapa jenis makanan selama 2 minggu. Walaupun nampak mudah, susah juga sebenarnya. Kau tak boleh sentuh belacan, budu, cencaluk atau yang ada kaitan dengan udang kering mahupun ikan bilis.


Semalam aku dialisis. Lepas dialisis terus rushing ke HKL dalam rupa mabuk dan lalok ubat. Aku dah lebih kurang 6 hari demam. Mama dah suruh refer hospital tapi aku malas. So berbalik pada kisah aku dengan Institut Radioterapi & Onkologi.

Bila sampai, aku tunggu agak lama sebelum doktor panggil. Bila panggil, tanya aku itu ini serba sedikit, dia suruh staff nurse ambil temperature aku. Ternyata aku masih demam, dalam 38.5 bacaan temperature aku.

At last...... sekali lagi postpone. Aku tak tahu nak rasa apa. Bersyukur sikit sebab takde lah letih sangat dalam keadaan aku demam ni. Tapi tula, next appointment bulan puasa. Sobsss ~




No comments:

Post a Comment