SANDWICH TELUR SEDAP SANGAT

SANDWICH TELUR SEDAP SANGAT... Kisahnya haritu Mama suruh beli roti, so aku expect Mama nak buat sandwich, tapi 2 hari hold sebab makan benda lain. Then haritu walaupun Mama tak berapa sihat, aku nampak pagi-pagi Mama dah rebus telur dan potong timun. Aku pun bergegas ambil roti, dan sapu Planta.

Mama suruh Ain (adik ipar) kopek telur dan tolong lenyek. Okaylah kan dekat rumah banyak tenaga kerja. By the way, aku memang suka sandwich telur.


Senang je..
Sediakan telur rebus, mayonis, sedikit garam dan lada sulah. Okay, ini basic. Hancurkan telur rebus dan masukkan semua bahan yang lain. Yang basic ni pun dah sedap. Tapi kalau korang jenis suka ada kick sikit, letaklah tomato, bawang dan cili padi. Aku lebih suka yang original.

Okaylah. Saja share cerita bosan harini. Aku dah lama tak maintain & konsisten update blog. Doakan aku rajin balik.

Love,
Tunsha


Post a Comment

0 Comments