SINOPSIS PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH (ASTRO RIA)

SINOPSIS PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH - Dah lama tak layan drama Astro. Masa tengok iklan nampak macam menarik sebab Fasha Sandha berlakon dengan Aaron Aziz dan Zarul Umbrella. Drama berepisod ini adaptasi dari novel karya Hana Ilhami.

SINOPSIS PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH (ASTRO RIA)

JUDUL : PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH
SIARAN : ASTRO RIA & RIA HD
PENGARAH : Along Kamaluddin
PENERBIT : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Aaron Aziz, Fasha Sandha, Zarul Husin, Jalil Hamid, Amelina, Jasper Supayah, Sofia Dendroff, Aman Aziz, Haziq MacQuistan, Amira Othman, Elly Mazlein, Jasmin Hamid, Cat Farish, Farzana Latif, Awang Hamyzan, Adib Haziem

SINOPSIS PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH

Aliah nekad pulang ke kampung bersama tiga orang anaknya untuk membina hidup baru setelah dicerai oleh suaminya, Hisyam. Di kampung, kisah rumah tangganya terbongkar apabila Pak Osman, ayah Aliah yang nyanyuk terlepas cerita kepada Talhah, teman sekampung Aliah sejak kecil.

Khabar tentang Aliah yang diabaikan suami mengundang rasa simpati Talhah. Keikhlasan Talhah membantu akhirnya disambut baik oleh Aliah. Dalam diam cinta yang pernah berputik dalam hati Talhah kembali mekar. Namun, amaran daripada Hisyam menyedarkan Talhah tentang status Aliah.

Kerana cemburukan hubungan antara Aliah dengan Talhah, Hisyam berbohong dalam mahkamah bahawa dia tidak pernah melafazkan cerai taklik terhadap Aliah, menyebabkan status Aliah kini tergantung. Pelbagai onak dilalui Aliah sepanjang tempoh menyelesaikan kemelut perkahwinannya.

Mampukah Aliah, wanita yang dianggap lemah ini bangkit merubah suratan? Ataupun terus tersungkur menyambut ketentuan? Bagaimana pula dengan Talhah? Apakah dia akan berdiam menyaksikan wanita yang dicintainya sepenuh hati terlepas buat kali kedua?

Jangan lupa saksikan Patah Sayap Bertongkat Paruh di Astro Ria, jam 10 malam.


No comments:

Post a Comment