5 JENIS KATEGORI BOSAN YANG MUNGKIN BAHAYA

5 JENIS KATEGORI BOSAN YANG MUNGKIN BAHAYA - Aku kebelakangan ini kerap merasa bosan. Memang terlalu bosan. Bosan aku membawa kepada perkara yang negatif. Ada masa aku rasa nak mati. Ada masa aku rasa nak lari.

Bila korang rasa bosan, korang sila abaikan kebosanan itu dan cari sesuatu yang tidak membosankan. Tapi kalau tak boleh juga, sila perati jika korang perlukan bantuan. Ya, berasa bosan juga menjurus kepada bahaya.

5 JENIS KATEGORI BOSAN YANG MUNGKIN BAHAYA


5 JENIS KATEGORI BOSAN

1. Indifference (Tidak Peduli)

Mempunyai perasaan yang tidak berminat dengan apapun yang ada di sekitar. Tidak lagi berasa terganggu dan tidak peduli apa saja yang terjadi di sekitar kita. Orang yang mengalami Indifference biasanya akan berkhayal dan tidur saja.

2. Apathy (Kelesuan)

Rasa statik dan tidak mampu untuk buat apa-apa untuk ubat situasi. Contohnya , berasa bosan untuk ke sekolah atau kerja ; rasa bosan untuk belajar.

3. Calibrating (Menyesuaikan Diri)

Tiada keghairahan dalam sesuatu aktiviti. Rasa bosan untuk melakukan sesuatu aktiviti. Tapi tak mampu dan tak tahu buat aktiviti yang lain.

4. Reactant

Rasa marah dengan kebosanan sendiri. Terlalu rasa sakit hati sebab bosan. Kadangkala bosan itu buat kita jadi marah, kecewa, agresif hanya sebab kita rasa bosan.

5. Searching (Mencari)

Akan ada satu perasaan memerlukan aktiviti untuk mengatasi rasa bosan. Masa bosan tu lah korang cari cara untuk menghilangkan rasa bosan. (Aku tak sure ini kategori bosan atau tak)
Source by Google
Ada yang kata, rasa bosan menjurus kepada depressi. Seperti sedia maklum, depressi amat bahaya pada kehidupan kita. Perasaan bosan yang menjurus depressi juga akan mempengaruhi kehidupan kita dari hari ke hari.


Antara rasa bosan yang menjurus kepada depressi adalah :

Kehilangan minat terhadap hobi dan aktiviti yang kita suka sebelum ini
Rasa seperti tiada harapan
Tidak dapat keluar dari rasa bosan
Meninggalkan aktiviti yang penting sebab merasakan perkara itu bosan
Rasa marah sebab merasa bosan

Kalau korang ada rasa perkara-perkara yang tidak best, aku nasihatkan korang agak berjumpa pakar. Jangan risau atau takut. Aku faham, ramai takut jumpa Pakar Psikiatri sebab risau di-cop sebagai gila. Tidak, korang adalah fighter sebab cuba mencari rawatan ketika korang sedar yang korang perlukan rawatan.


Moga bermanfaat.
-auni-


3 comments:

  1. Kak pip kalau bosan, tidur lah jawapnya, relax n tenangkan diri, insya allah lepas tu dah ok .. Dan byk2 istighfar ..

    ReplyDelete
  2. Yang bagusnya bila sendiri dapat identify yang dia perlukan pertolongan

    ReplyDelete
  3. Nurul kalau bosan memang kerja tidur je.. hehehe

    https://www.nurulsyahirah.com/

    ReplyDelete