BIRTHDAY TREAT DI NIPPON SUSHI BATU CAVES

BIRTHDAY TREAT DI NIPPON SUSHI BATU CAVES - Firstly, Happy Birthday yang ke-40 suami yang tersayang ! Sebenarnya dah lama aku dengan Is pergi makan. Masa 16 Mei 2019 haritu, tapi sebab aku tak sihat, so aku postpone. Banyak entri aku postpone sebenarnya. Memang sikap aku beberapa ketika ni suka delayed everything.

Ok, berbalik pada kisah Is punya birthday treat. Memang beberapa hari sebelum birthday Is, aku merancang nak makan dekat Nippon Sushi. Nippon Sushi ni antara restoran sushi halal yang diyakini sebab owner Melayu. Memang jadi tempat makan sushi favourite aku dengan Is.


Mula call untuk booking, diorang kata penuh. Aku dengan Is memang rasa hampa sangat. Kami bercadang nak berbuka dekat Nippon Sushi tapi disebabkan hampa, Is suggest makan dekat tempat lain. Tapi aku masih frust.

Lastly kami decide booking pukul 8:30 malam since masa tu table banyak kosong. Reserve je la. Lepas Maghrib terus bertolak dari Rawang dan sampai ke Nippon Sushi Batu Caves. Excited uii ~

Semasa sampai, tempat yang Is booking tu dah ada orang duduk. Awalnya kami frust sikit tapi sebab staff memahami, diminta customer beralih tempat. Terima kasih kepada staff dan customer yang memahami.

- Salmon Sashimi -
- Chicken Chop Curry -

Waktu itu, pilihan sushi yang dekat train tu (aku tak tahu apa nama benda bergerak tu), haa.. pilihan sushi dah tak banyak. Jadi kita pilih ala carte je la untuk menu sushi. Aku paling suka sushi salmon. Plus aku juga order sashimi salmon untuk appertizer.

Is pula teringin makan Chicken Chop Curry. Sedap juga. Ehhh Is yang cakap sedap. Aku tak rasa pun. Tapi Is makan licin uolsss. Sedap lah tu kisahnya.

Lepas tu aku order Set Tempura. Didatangkan sekali dengan tauhu kukus, nasi, sup dan sos kicap. Sedap juga tapi aku harap tauhu tu panas, tapi aku dapat tauhu sejuk. Sobsss. Hopefully boleh fix makanan jangan terlalu sejuk.

- Set Tempura -
- Gyoza -

Teringin pula makan Gyoza. Haaa macam-macamlah teringin nak makan. Cara aku makan, perah lemon atas gyoza, curah sedikit shoyu dan makan. Sedap lah bagi aku. Kau nak cicah dengan shoyu perah lemon letak wasabi pun sedap juga.

Saja suruh Is ambil gambar aku, inilah hasil. Tak fotogenik langsung.


Sebenarnya ini kali ke-4 @ ke-5 aku datang makan ke Nippon Sushi. Aku bukanlah jenis suka makan sushi. Tapi sushi di Nippon Sushi buat aku ketagih. Mujur lah tak berapa nak kaya. Kalau tak setiapkali balik dialisis, memang aku ajak Is datang Nippon Sushi.

Aku nak buat full review tapi disebabkan ini bukan entri review, nanti-nantilah aku review. Cukuplah aku kata food disini sedap dan dijamin HALAL. Lepas raya aku full review, insyaAllah.


**************************************
To my lovely husband,
Happy birthday to you.

Semoga dipanjangkan umur dan sentiasa dilimpahi dengan rezeki yang melimpah ruah. Moga dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa menjadi suami hyang baik dan penyabar orangnya. Thanks for everything ya.

I love you bie.

*****************************************


Post a Comment

0 Comments