CARA MAKAN JERUK MAMAN PALING SEDAP

CARA MAKAN JERUK MAMAN PALING SEDAP - Pernah satu masa aku teringin sangat nak makan jeruk maman. Ada terbaca yang jeruk maman sangat sedap dibuat masak lemak cili api. Aku pernah cuba tapi tak kena dengan tekak. 

Awalnya, aku bayangkan jeruk maman ni ada rasa masam-masam. So kalau buat masak lemak cili api mestilah sedap, kan? Sangkaan aku meleset, jeruk maman yang Mama beli sebelum ini rasanya pahit, itu saja.


Semalam Mama baru balik dari Taiping. Mama  bawa balik jeruk maman dan petai. Memang berdebar-debar rasa nak makan. Benda-benda macam ni memang seronok makan dengan Mama sebenarnya. Baru feeling. Hehe..

So, puas aku fikir cara paling sedap nak makan jeruk maman ni. Mama beli je, dia pun tak tahu macam mana nak makan jeruk maman ni. Puas difikir-fikir, Mama dah keluarkan arahan supaya gaul jeruk maman ini dengan budu.

Bahan-bahannya senang : Budu setengah mangkuk kecil, 4 biji limau kasturi diambil jus, dan 5 biji cili api yang diketuk. Sebatikan dan gaul dengan jeruk maman.

Aduhai... dia punya 'pergi' tu tak tau nak habaq dah. Sedap sangat ! Berselera je makan. Kena pulak dengan ikan kerisi goreng.. memang feeling duduk kampung.. Cuma pastikan jeruk maman tu yang dah lama dijerukkan. Kalau yang baru, masih pahit.

Sekadar berkongsi, sebab sedap. hehe~

No comments:

Post a Comment