JOURNEY THYROGEN TO RAI (RADIOACTIVE IODINE) DI HOSPITAL KUALA LUMPUR

JOURNEY THYROGEN TO RAI (RADIOACTIVE IODINE) DI HOSPITAL KUALA LUMPUR - Aku rasa macam tahun ni aku struggle paling teruk dan aku rasa aku sangat penat. Tapi tula, aku bukan jenis cepat giveup kan. Aku sebenarnya memang rindu blogging tapi kondisi badan aku tak mengizinkan. Tengok skrin lappy pun kepala aku sakit.

Oklah, dalam entri ni aku nak cerita tentang perjalanan aku dalam Journey Thyrogen To RAI (Radioactive Iodine di Hospital Kuala Lumpur.

Sebelum tu, ada orang tanya macam mana aku boleh dapat kanser tiroid?
Actually aku sendiri tak sedar. Jadi aku tiada jawapan.

Tapi kalau korang rajin nak baca, aku ada cerita dekat sini :
KRONOLOGI PEMBEDAHAN PEMBUANGAN TIROID DAN LYMPHA, DAN SEBELUM AKU DISAHKAN MENGIDAPI KANSER TIROID

Untuk rawatan Radioactive ni, sebanyak DUA KALI aku TERPAKSA POSTPONE.

1) Blood pressure drop
2) Demam

Boleh kata, journey aku untuk rawatan ini agak buang masa dan tenaga aku.
Aku hampir giveup sebab aku TERLALU PENAT.

Tapi Mama dan Is suruh aku sabar dan terus sabar. Kalau tiada orang yang bagi semangat pada aku, aku tentu dah tak kuat. Ya, aku kuat bukan sendiri :)

Panjang sungguh mukadimah kan?
Ok, let's start from the beginning.


6 MEI 2019 (ISNIN)

Walaupun aku sepatutnya dialisis hari Selasa, tapi sebab doktor request aku dialisis sebelum ambil thyrogen, jadi hari Isnin pagi aku terpaksa dialisis. Masa ni first day puasa, aku konon-konon berpuasa, tetapi berakhir dengan hypo. Tak cukup 4 jam pun aku dialisis, terpaksa stop. Nafas aku dah sesak.

Balik dari dialisis, aku pergi beli makan, punyalah risau blood pressure rendah lagi. Jadi aku makan minum semua, dan terus ke Jabatan Nuklear HKL. Macam biasa doktor tanya aku segala history bagai, lepas tu aku disuntik dengan thyrogen.

Staff Nurse dah bagitahu aku, balik rumah dan rehat. Ubat tu pekat dan kuat. Aku pula boleh pergi bazar petang tu. Balik rumah, dah malam sikit, kepala aku sakit, aku loya tekak, makan tak lalu dan muntah berkali-kali sampai aku trauma nak makan.

7 MEI 2019 (SELASA)

Pagi tu aku decide taknak puasa. Tapi makanan pun aku tak lalu makan. Lagi kronik, aku langsung tak bleh bau dan tengok makanan. Tekak aku meloya.

Tengahari tu aku pergi Jabatan Nuklear HKL lagi, ambil thyrogen untuk kali kedua. Kejap je, aku sampai je, terus suntik thyrogen, balik dan tidur.

8 MEI 2019 (RABU)

Doktor Abdullah Hanif yang consult aku request aku dialisis Rabu pagi. Mujur ada patient baik hati bagi tukar shift. Jadi pagi tu aku dialisis. Konon setting 3 jam, tapi bertahan 2 jam setengah je. Aku memang dah lembik sebab asyik muntah.


Lepas dialisis, rushing ke Jabatan Nuklear HKL sekali lagi. Ingatkan habis cepat, tapi aku kena tunggu. Doktor kata Radioactive Iodine yang aku ambil adalah jenis kapsul. So masa tu kapsul tu punya aktiviti tinggi, aku kena tunggu sampai 2:30 petang. Kau tanya lebih, sumpah aku tak tahu nak explain. Huhu ~

Dari 2:30 petang tu, postpone lagi sampai pukul 4 petang. Lastly aku cakap dengan doktor aku nak keluar dating dengan Is dulu. Doktor izinkan. Haha.

Contoh kapsul IODINE yang aku telan.
Tak boleh pegang. Ada alat digunakan untuk memasukkan kapsul didalam mulut.

Dalam pukul 4 petang tu juga Doktor Hanif call aku, tanya aku dekat mana. Aku rushing ke Jabatan Nuklear semula. Tak lama lepas tu aku dibawa ke sebuah bilik.

Dalam beberapa minit menunggu, aku dipanggil masuk dan disuruh duduk. Pegawai tanya nama dan nombor kad pengenalan. Lepas tu dia ajar aku cara telan. Alaaa telan macam telan panadol je pun. Tapi effect dia, kena jauhkan diri dari semua manusia selama 8 hari.

Jadi, aku terpaksa berpisah dengan Is, selaku suami aku,
Ada orang kata, tinggal je la sekali, bilik je kena asing.

Tapi Mama aku risaukan Is. Risau Radioactive tu bagi effect pada Is. Jadi benda boleh elak, kita elaklah kan?

10 MEI 2019 (JUMAAT)

Harini aku kena scan (Whole Body Scan) WBS. Aku datang awal pagi sebab Is datang dari Ampang ke Rawang agak awal. So sampai HKL dalam pukul 6:30 pagi. Tempat scan buka pukul 7:30 pagi. Tercongoklah aku seorang diri dekat situ. Haha

Dalam pukul 8:30 pagi, nombor aku dipanggil. Tak payah salin baju special pun. Terus baring dan dia scan. Masa ni aku kena anxiety attacked. Sesak nafas rasa macam kena tekap dengan bantal. Serious aku seram sangat. Tapi istighfar je, malas layan. Alhamdulillah aku tempuhi dengan tenang.


Lepas tu aku kena buat scan kali ke dua. Ya Allah, masa ni aku stress tapi aku cuba sabar. Mujur tak lama.

Hasil WBS, didapati sel kanser aku masih bersisa di tiroid. Ada macam node sikit di breast aku. Tapi doktor kata, insyaAllah itu bukan kanser.

Kanser yang bersisa hanya di tiroid. Appointment dengan doktor lagi 3 bulan. Dan sekali lagi ambil Radioactive Iodine lagi 6 bulan. Depends on result tiroid dan kanser aku. Mungkin aku kena ambil dos tinggi in future.


BAGAIMANA DENGAN DIALISIS?

Aku dah tanya doktor, dan doktor kata, radioactive ni semakin hari semakin berkurang. Jadi aku boleh dialisis macam biasa (tak perlu kuarantin dari patient lain). Plus, aku punya dosage radioactive agak rendah.

RADIOACTIVE KELUAR DARI MANA UNTUK PESAKIT KIDNEY FAILURE YANG AMBIL RAI?

Dari apa yang diberitahu di dalam group, untuk pesakit kidney failure yang TAK BOLEH KENCING, radioactive akan keluar melalui peluh dan najis besar. Juga dari rambut. Yang boleh mandi, kerapkan mandi. Aku ni kerap juga mandi walaupun ada IJC. Punyalah nak radioactive ni nyah dari badan aku.

KESAN THYROGEN PADA TUBUH BADAN
(Mungkin ada antara pesakit yang tidak merasa kesan apapun selepas mengambil Thyrogen)

•• Loya
•• Sakit kepala
•• Lesu
•• Muntah-muntah
•• Pening
•• Lemah

Itu saja yang aku boleh share buat masa ni.
In future, insyaAllah akan lebih banyak pengalaman aku.

Cuma harapan aku, tidaklah kanser itu menyerang kembali. Aku penat berlawan sakit ini. Dengan treatment dialisis, dengan sakit badan, dengan emosi yang turun naik. Ya Allah...... masih bersyukur masih diberi kekuatan. Moga seorang AUNI AFIQAH BT MUTHAL'LIB sentiasa diberi kekuatan :)

Terima kasih sudi baca.

No comments:

Post a Comment