SELAMAT HARI IBU YANG KE-29 TAHUN, MAMA !


Lahirnya aku kerana dia,
berpakaian aku kerana dia,
sihatnya aku kerana dia,
cukup makan aku kerana dia,
kuatnya aku kerana dia....
.
Berjaga malam berlapik tikar di lantai dia menjaga aku,
tinggalkan adik-beradik lain kerana aku,
penatnya dia kerana aku,
terhiris hatinya luka kerana aku,
hilang sebelah buah pinggang kerana aku....
.
Namun dia masih setia disisi aku,
masih kekal menjaga aku,
masih kekal menyayangi aku,
masih kekal berjaya sebagai ibu....
.
Pengorbanan seorang Mama bernama Sarina Hamini, sebuah pengorbanan yang tidak ternilai.
Nyawa ditolak tepi demi memberi kehidupan baru kepada anak seperti aku.
.
Selamat Hari Ibu, Mama.
Terima kasih kerana melahirkan kami adik beradik.
Yang masih bertahan dengan sikap kami adik-beradik.
Yang sentiasa menyayangi dan mencintai kami anak-anakmu.
We all love you 

No comments:

Post a Comment