SINOPSIS CARI AKU DI SYURGA (TV3)

SINOPSIS CARI AKU DI SYURGA (TV3) - Dah banyak episod tengok baru terasa nak update sinopsis dalam blog. Aku sebenarnya tak minat Janna Nick tapi tengok drama Cari Aku Di Syurga arahan Shahrulezad ni, macam best pula jalan cerita dan lakonan Janna berganding dengan Aeril Zafrel.

SINOPSIS CARI AKU DI SYURGA (TV3)

JUDUL : CARI AKU DI SYURGA
HARI/MASA : Isnin hingga Khamis, jam 10:00 malam
PENULIS SKRIP : Shahrulezad Mohameddin, Tommy Loh, Che Li, Puovin & Intan Zarina
PENGARAH : Shahrulezad Mohameddin
PENERBIT : Radiusone Sdn Bhd
PELAKON : Aeril Zafrel, Janna Nick, Mimi Lana, Duerra Mitilda, Datin Seri Maria Farida, Dalimawati, Hun Haqeem, Aishah Atan, Qis Sajat, Muaz Fitri, Shariza Mahmud
SINOPSIS CARI AKU DI SYURGA [Edited Version : Thanks to Rina Zul]
Lisa dibesarkan dalam keluarga yang sangat mewah. Namun Lisa tidak suka dikongkong Mamanya, Datin Rosmah. Pada satu hari, disaat Datin Rosmah menyatakan hasrat untuk menyatukan Lisa dengan Ariff, Lisa mula rasa sakit hati. Lisa melarikan diri membawa hati ke Muar.

Di Muar, Lisa berkenalan dengan penghantar buah jambu, Anas. Perkenalan selama 3 hari membuahkan bibit-bit cinta antara mereka. Dalam masa yang sama, Mira, sahabat Anas dari kecil, menyimpan perasaan pada Anas.


Disebabkan terlalu marah pada Mamanya yang ingin dia berkahwin dengan Arif, Lisa telah membuat keputusan untuk berkahwin dengan Anas. Mira kecewa namun dia harus redha dengan takdir.

Perkahwinan Lisa dan Anas mula diuji apabila Lisa yang tidak biasa hidup susah terpaksa melalui kedaifan hidup. Setelah melahirkan anak mereka yang pertama, Suri, Lisa melarikan diri ke rumah Datin Rosmah dan diceraikan oleh Anas.


Anas terus membesarkan Suri bersama Mira. 8 tahun kemudian, Lisa yang sudah berkahwin dengan Ariff kembali menuntut hak penjagaan ke atas Suri. Pada masa yang sama, Anas telah mengalami kemalangan yang mengakibatkan ganguan kepada daya ingatannya.

Kemuncak bermula apabila Suri terpaksa mengikut Lisa kerana Anas yang tidak mampu mengingati bahawa Suri merupakan anaknya.
.
.

Post a Comment

1 Comments

  1. Ada 3 maklumat yg salah tu.

    1. Anas bukan penghantar buah naga. tapi penghantar buah jambu.
    2. Lisa tak minta cerai pun tapi lisa lari balik kl sebab tak boleh hidup miskin, kmudian dia nk balik ke anas tapi tiba2 anas datang terus cerai dia dlu.
    3. Bukan 6 tahun kemudian lisa nak cari suri, tapi 8 tahun kemudian dia nak cari suri tu.

    hehe.

    ReplyDelete