MENU SARAPAN RINGKAS

MENU SARAPAN RINGKAS

MENU SARAPAN RINGKAS - Haritu aku buat menu ni untuk makan lunch sebenarnya. Aku teruja dengan telur goyang yang aku buat sendiri. Rasa macam comel cantik je telur tu. Awalnya aku buat untuk Is makan dengan roti canai banjir dia tu.

Berbalik pada menu sarapan ni, senang je pun. Bab caramalized onion tu je macam renyah sikit. Sebab ambil masa juga nak bagi dia caramalized. Nak buat senang je. Hiris halus bawang holland. Letak sedikit minyak dalam pan, tumis bawang hingga layu dah bertukar warna, letak sedikit air, masak hingga air kering, masukkan air lagi dan ulang teknik ini hingga bawang bertukar warna coklat.

Telur pula, aku buat ala-ala poached egg tapi aku rebus je sebenarnya.Aku rebus dalam 3 ke 4 minit. Telur ni seeloknya guna telur baru, so nampak cantik sikit. Lepas dah rebus tu, angkat dan rendam dalam air yang berisi ais batu. Biar dalam 5 minit dan boleh kopek slow-slow.

Roti tu kau bakar jela macam biasa. 

Taraaa ! Dah siap dah sarapan korang. Bagi aku ringkas lah, sebab roti, telur dan bawang je. Cuma nak sediakan tu renyah sikit. Tapi kalau nak feeling-feeling matsalleh, silakanlah buat ~

Bye-bye.



Post a Comment

1 Comments

  1. adus. sedap nyer.
    lelebih telur tu.
    aida sgt suka sarapan telur separuh masak.
    dgn kicap manis :)
    then, bawang karamel tu, suka masukkan dlm sandwich. sedap nyer!!!
    aida x pakar buat nyer. husband aida, yes, bawang karamel dia sgt menjadik!

    ReplyDelete