PANTANG LARANG SEBELUM DAN SELEPAS RAWATAN RAI (RADIOACTIVE IODINE)

PANTANG LARANG SEBELUM DAN SELEPAS RAWATAN RAI (RADIOACTIVE IODINE) - Lama dah aku nak buat entri ni, tapi aku kan selalu penat. Bila penat aku memang nak tidur je. Jadi kerja aku terbengkalai. Ini aku tengah rajin, aku cuba siapkan juga entri ini untuk bacaan sesiapa yang mahu tahu.


PANTANG LARANG SEBELUM DAN SELEPAS RAWATAN RAI (RADIOACTIVE IODINE)

Sekarang ini, selain medical checkup dengan doktor Nephro sebab kidney failure, aku juga sentiasa ada appointment dengan Jabatan Perubatan Nuklear di Hospital Kuala Lumpur (HKL) . Unit Nuklear ini biasanya menempatkan pesakit tiroid yang memerlukan rawatan Radioactive Iodine (RAI). Rawatan ini biasanya untuk pesakit Thyroid Cancer.

Pesakit Thyroid terbahagi kepada DUA :
🔼 Hypothyroidism
🔼 Hyperthyroidism

Nanti-nantilah aku cerita apa benda dua benda ni. Sebab aku nak cerita pasal benda lain. So, nak bagitahu, rawatan Radioactive Iodine (RAI) ini salah satu rawatan yang boleh dikatakan agak penting. Sebab ianya bertujuan menghapuskan Thyroid Cells yang bermaharajalela dalam thyroid gland pesakit.

Disebabkan pesakit perlu ambil RADIOACTIVE, maka, pesakit memerlukan KUARANTIN.

Pesakit yang perlu di-admitted di Wad Radioiodine adalah pesakit yang perlu minum iodine dos yang agak tinggi, 50mci dan ke atas. Untuk 80mci ke atas, biasanya perlu di-kuarantin di dalam wad sekurang-kurangnya 8 hari atau seminggu.

Kalau bawah 50mci biasanya kuarantin dekat rumah je. Maknanya, minum di Klinik Nuklear, balik rumah.  Haaa~ gitu.

PANTANG LARANG SEBELUM DAN SELEPAS RAWATAN RAI (RADIOACTIVE IODINE)

PANTANG LARANG SEBELUM MINUM RAI

❌ Berhenti makan ubat Carbimazole / Thyroxine SEBULAN sebelum tarikh minum RAI

❌ Berhenti makan sebarang supplement luar terutama yang berunsurkan gamat, spirulina  SEBULAN sebelum tarikh minum RAI

❌ Berhenti makan seafood termasuk ikan 14 hari sebelum tarikh minum RAI

❌ Berhenti makan sebarang produk tenusu termasuk keju ke, cheesy wedges ke atau yang berkaitan 14 hari sebelum tarikh minum RAI

❌ Berhenti makan sebarang coklat 14 hari sebelum tarikh minum RAI

❌ Berhenti makan KUNING TELUR  14 hari sebelum tarikh minum RAI


PANTANG LARANG SELEPAS MINUM RAI
(Out patient - yang walk in ke ward dan balik rumah terus selepas minum RAI)

❌ Selepas minum RAI, korang TIDAK DIBENARKAN untuk singgah-singgah ke pasar atau shopping mall. Terus pulang ke rumah. Jika tidak, radiasi akan tersebar pada mereka yang sihat. 

KUARANTIN di rumah sekurang-kurangnya 8 hari.

❌ Basuh baju perlu asing, jangan campur dengan ahli keluarga yang lain. Digalakkan cuci by hand je..Untuk elak sebaran radiasi. (Kalau nak guna mesin basuh, kumpul baju sendiri dulu 8 hari, jangan campur dengan baju orang lain)

TIDAK BOLEH MASAK melainkan untuk diri sendiri.

Tidak boleh berkongsi pinggan, mangkuk, cawan, dan sudu sepanjang kuarantin. Asingkan untuk keperluan sendiri saja. Sebaiknya cuci secara asing. (Aku guna span & sabun sendiri, basuh sendiri je)

Tidak boleh berkongsi bilik dengan ahli keluarga yang lain. Tidur secara berasingan.

❌ Jarakkan sekurangnya 1-2 meter dengan ahli keluarga atau sesiapa sahaja apabila hendak berkomunikasi.

❌Guna tandas, pam sekurang 3x untuk kurangkan radiasi.


INFO LAIN (Jika kuarantin dalam ward)

Kalau patient yang kena kuarantin dalam ward pun, sama juga pantang larangnya. Bezanya dalam ward, korang kena pakai baju hospital. Lepas tu diet / makan korang akan di-served dalam bekas yang disposable.

Tandas memang kena pam 3x, Sama lah juga macam kena kuarantin dekat rumah. Buang sampah dalam tong yang disediakan. Ada ruang khas memisahkan jarak pesakit dengan staff untuk berkomunikasi.

Dalam wad, korang boleh menerima pelawat tapi jangan harap pelawat dapat jumpa korang dalam bilik. Pelawat hanya boleh jumpa korang luar bilik je. Kena kekalkan jarak 1 hingga 2 meter tu ya.


*****************************************************

Selepas 48 jam atau post day 3 minum RAI, Staff Fizik akan datang dan ukur bacaan radiasi dalam badan. Macam mana diorang ukur? Jangan tanya aku, sebab aku tak sure. Aku kuarantin dekat rumah.


Ramai sebenarnya pesakit yang takut bila kena minum RAI ni disebabkan ada radiasi. Tapi don't worry, ini untuk kebaikan korang juga. Anggaplah korang sedang mencari penawar.

*****************************************************

Harap info yang aku share ini berguna untuk korang. Info ini ada yang aku dapat dari SharkyLemon JavaLava . Aku kongsi disini untuk bacaan aku dan bacaan korang yang lain. Semoga bermanfaat untuk kita-kita.

The writer,
Tunsha_



Post a Comment

2 Comments

  1. Kalo nk cerita bnda yg fakta..fakta tu kena tepat supaya kita tak share info yg salah..patut terangkan rawatan iodin sekiranya utk pesakit kanser tujuannya adalah utk hapuskan sel kanser di thyroid gland..jika utk hyperthyroid tujuan dia utk hapuskan sel2 thyroid yg terlalu aktif supaya jadi kurang aktif atau hypo terus..

    Pantang utk seafood tu mmg dah termasuk ikan..bole lah sebut termasuk ikan air tawar, ikan masin,ikan bilis, makanan dlm tin..sardin..marcerel..tuna..
    Coklat adalah termasuk dlm produk tenusu juga..

    Rs bole kot betulkan fakta supaya pembaca tak keliru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for sharing. Maaf saya share apa yang saya tahu dan baca. Sebab saya masih baru. Saya alu-alukan jika ada yang ingin berkongsi fakta yang betul. Terima kasih lagi sekali atas info :)

      Delete