SAKIT KRONIK BUKAN ALASAN UNTUK AKU TIDAK GEMBIRA

SAKIT KRONIK BUKAN ALASAN UNTUK AKU TIDAK GEMBIRA - Jujurnya, aku dulu berlagak dan suka mencipta stress sendiri. Berlagak maksud aku adalah bila aku taknak langsung bercampur dengan pesakit yang sama-sama sakit dengan aku. Sebab aku taknak lagi stress.

Sebab aku ada pengalaman, bila bercampur dengan orang yang sama sakit dengan aku, aku jadi lebih down. So aku lebih suka berkawan dengan orang normal. Well, berlagak memang tak kemana kan? Sampailah aku jumpa team kidney failure yang satu ni.

SAKIT KRONIK BUKAN ALASAN UNTUK AKU TIDAK GEMBIRA

Awalnya aku perati je salah seorang pesakit kidney ni. Aku perati je lifestyle dia. Awalnya aku iri hati sebab aku tak mampu jadi positif macam dia. Kerja aku... bila aku iri hati, aku update status kat Facebook pujuk hati sendiri. Lepas tu aku stress sesorang. Paling kronik bila stress aku membawa kepada depression. Mujur hanya mild aje.

Berbalik pada cerita tadi. Aku tiba-tiba nampak dia ada team. Aku cemburu lagi uolsss. Sebab team diorang ni such of positive and happening gegila. Aku macam.... bestnya. Kenapa masa aku bercampur dengan orang sakit dulu, aku tak rasa happy pun?

Aku mengadu pada Is. Is cakap... cuba cari perkara yang boleh buat aku gembira dan positif. Sebab kalau korang nak tau, positif aku diambang kemusnahan. Entah merajuk hilang kemana aku tak tahu. Memang hilang !


Sampai bila aku nak sembunyi disebalik media sosial kan? Sampai bila aku nak rasa iri hati sedangkan rasa gembira itu boleh cari. Aku pernah cakap pada diri sendiri, aku taknak mati dalam kesedihan. Sebelum mati, aku nak rasa gembira puas-puas.


Allah SWT dorongkan aku mengenali team Kidney Avengers ini secara lebih dekat dan rapat. Dan aku bersyukur, diorang terima aku walaupun aku ini "bisu" secara realitinya. Maklum, aku memang dah lama tak bergaul dengan manusia, kecuali staff & patient di hospital. Hari yang lain, biasanya aku hanya alien.


Entri ini aku coretkan buat tatapan dan kenangan aku. Bila aku tahu aku sakit, aku rasa satu dunia jauhkan diri dari aku. Padahal aku yang jauhkan diri dari semua orang. Sebab sebenarnya self esteem aku memang low teruk.

Untuk yang sakit kronik dan rasa down teruk, jangan jadi macam aku. Sebab bila korang jauhkan diri dari dunia, korang akan mengalami kemurungan yang teruk. Carilah bahagia dan kegembiraan sendiri.

Aku bersyukur, disaat aku hilang harapan, Allah SWT temukan aku dengan hamba DIA yang lain. Untuk rapatkan ukhwah.

Terima kasih Ya Rabb.


2 comments:

  1. moga auni kuat dan terus-terusan bergembira.
    kesakitan bukan tanda kita harus dok diam dan bersedih, kan.
    gembira itu adalah ubat sebenarnya. terapi terbaik.

    ReplyDelete