SAMBUT BULAN MADU DI D'WHARF HOTEL & SERVICED RESIDENCE, PORT DICKSON

SAMBUT BULAN MADU DI D'WHARF HOTEL & SERVICED RESIDENCE, PORT DICKSON - Happy Anniversary yang ke-6, Auni Afiqah dan Norzam Iskandar ! Terlalu banyak ranjau dalam perkahwinan aku dengan Is. Nak je aku ceritakan, tapi nanti rasa macam aibkan banyak pihak. Ada perkara perlu disimpan sendiri kan?

Alhamdulillah, untuk tahun ke-6 ini, rezeki buat kami melimpah. Syukur syukur syukur pada Allah SWT. Moga kami terus mendapat keredhaan dari-NYA. Oleh sebab Is dapat rezeki lebih tahun ni, dia ajak aku honeymoon. Ya Allah... aku speechless. Aku tak minta tau. Dia yang nak treat aku dengan honeymoon.


Is hanya niat nak bahagiakan aku. Jadi dia hanya minta aku pilih tempat mengikut budget dia. Aku pun tak pernah booking mana-mana percutian. Jadi aku Google je la. Awalnya aku nak pergi Cameron Highland. Disebabkan Is punya kaki tak kuat, kami decide percutian ke Port Dickson.

Punya lama termenung tengok dekat website, in the end, aku pun pilih untuk meraikan honeymoon kami di D'Wharf Hotel & Serviced Residence, Port Dickson. Dua-dua kami masing-masing excited. 6 tahun berkahwin, inilah kali pertama kami honeymoon. Hasil titik peluh Is.


30 JUN 2019 (AHAD)

Aku packing lambat. Sebab checkin pukul 3 petang. Aku ambil sweet time sangat. Lepas tu baru tergesa-gesa. Kami gerak dari Rawang. Perjalanan lebih kurang 2 jam itu, Allah SWT permudahkan, alhamdulillah.

1:30pm : Kami sampai ke destinasi. Yang buat aku excited, comfirm laut. Aku memang sukakan laut. Suka sangat-sangat tak tahu nak habaq la. Lepas tu aku nampak Starbuck. Jeng jeng jeng ~

Tapi tempat dia memang best lah sebab memang tumpuan pelancong. Dekat dengan laut. Hypermarket dekat. Kedai runcit dekat. Serba serbi dekat. Kira kalau nak cari keperluan tu, insyaAllah semuanya ada.

2:00pm : Disebabkan depan hotel ada Kenny Rogers, aku ajak Is makan dekat situ je. Padahal aku tak berapa suka pun Kenny Rogers. Tapi sebab itu je nampak sedap, perut pun tengah lapar, kami makan je la.


2:30pm : Kami checkin dan terus masuk bilik. Kami booking bilik Studio with Sea View. Bagi aku, bilik agak kecil. Tapi cukuplah untuk kami. Cuma dugaannya pada Is. Sebab dia susah nak naik ke katil. Masa ni, aku perlu kuatkan hati. Tapi aku kalah, hati aku tak kuat. Aku jadi down seketika.

So sementara aku down tu, bolehlah korang layan pemandangan di dalam bilik kami .

STUDIO ROOM WITH SEA VIEW

Masuk dari pintu, inilah pemandangannya.

Mini bar.
Ada peti ais, ada kettle, ada kopi & teh, ada cawan & air mineral.

Ada cermin besar.
Ini pun aku suka !


Dari balkoni dah nampak pemandangan laut yang terbentang luas.
Masa ni rasa teruja yang melampau.


Cantik kan?


Dari balkoni bilik.
MashaAllah serius tenang gila.


Pemandangan bilik mandi.

Kami berehat dalam bilik agak lama. Tak makan apapun. Layan perasaan sambil tengok laut. Sambil tengok laut, aku bersyukur sebab dikurniakan suami yang tak pernah give up dengan aku yang mengada-ngada. Yang sedaya upaya cuba membahagiakan aku. Alhamdulillah dengan segala nikmat Allah Taala.


Malam tu, aku bercadang nak cari makan dekat food truck. Sebab aku baca ada food truck dekat area hotel. Tanpa aku baca sepenuhnya detail pasal food truck tu.

Jadi malam tu, kami berjalan-jalan dekat PD Waterfront dengan harapan berjumpa dengan food truck tapi yang kami dapat hanyalah.... kain aku dikotori pasir-pasir laut. Takpe.. aku redha. Oleh sebab food truck tidak dijumpai, kami pun makan Mcdonald's je.

Mana pergi food truck night market? Rupanya yang aku cari hanya beroperasi dari hari Khamis hingga Sabtu. Nak kecewa ke apa? Sabar je la.... Mujur aku pun tak desperate sangat. Tapi ada lah terkilan sikit.

1 JULAI 2019 (ISNIN)

6:30am : Bangun solat Subuh. Aku terus suruh Is mandi. Bersiap kononnya nak breakfast awal. Tapi Allah SWT sebaik-baik perancang. Is tak boleh bangun naik ke wheelchair. Masa ni aku memang down teruk sangat. Aku menangis beria-ria. Orang honeymoon bergelak ketawa, aku menangis. Ada perasaan negatif menyelubungi aku.

Demi Allah, aku terlalu takut kalau Is tak boleh bangun macam dulu. Aku tak sanggup. Aku boleh hadapi kalau Is terpaksa menggunakan wheelchair hingga akhir hayat. Tapi aku memang tak sanggup kalau dia jatuh dan tak boleh bangun walaupun naik ke wheelchair.

Dan disebabkan terlalu takut, aku jadi stress. Tapi Is cuba naikkan semangat aku balik. Dia pujuk aku. Dia yakinkan aku, dia tak boleh bangun sebab mungkin terlalu letih. Aku cuba tolong Is. Dan akhirnya aku tolak dia ke katil, dan tolak dia hingga ke posisi yang boleh dia bangun. Alhamdulillah, Allah permudahkan.




8:30am : Kami naik lif untuk pergi breakfast. Cerita dugaan tak habis di dalam bilik je tau. Masa nak pergi breakfast, aku rasa macam perlu tempuh onak duri. Sebab tak mesra OKU. Maksud aku, nak tolak wheelchair agak susah. Tapi aku struggle. Puas minta Allah Taala kuatkan aku. Aku takut je aku tak kuat nak handle Is yang atas wheelchair tu.

Tapi Allah Taala tolong aku. Alhamdulillah. Aku rasa mudah je nak handle Is. Rasa macam smooth sangat kejadiannya. Cuma ada lah pinggang aku cramp sikit. Yela, aku kan kecik. Is besar, berat pula tu. Hahahaha ~



Breakfast macam biasalah, buffet. So ada mee goreng, ada nasi lemak, ada telur separuh masak, ada scramble egg, grill tomato, sausage, dan yang penting, ada air tapis Cuckoo ke Coway ntah, aku lupa. Masa ni macam lupa kena pantang air. Sedap je minum air sejuk.



Dah habis makan, aku borak-borak dengan Is. Minta maaf atas keterlanjuran aku dalam berkata-kata menyakitkan hati dia. Sedangkan apa yang dia buat ni untuk bahagiakan aku. Aku rasa serba salah. Lepas dah berdrama tu, kami lepas dekat kolam renang pula. Masa ni sekali lagi hati aku sebak, sebab aku tak boleh mandi. (Aku ada tiub dekat leher, jadi ianya membataskan aku)

Bergambar lagi.

Cerita setakat ketika breakfast je. Sebab aku memang nak chill dalam bilik. Dalam bilik kan boleh tengok laut. Masa ni lah terkenang macam-macam.

Is cakap dengan aku, dia bawa aku honeymoon, untuk aku lepaskan segala kesedihan. Untuk aku menjadi lebih redha dengan dugaan yang Allah SWT bagi pada aku. Untuk aku lebih redha menerima kekurangan dia. Untuk aku redha atas segala-galanya.

Is nak aku lepaskan semua rasa-rasa negatif dan yang tak elok dalam diri aku. Memang menangis jela kerja aku seharian dalam bilik. Aku jadi tenang sangat lepas aku nangis.

Sebab aku tak tahu nak luah apa aku rasa. Aku rasa terperuk je dalam dunia aku sendiri. Melihat laut, sambil menangis, memang sedikit sebanyak membantu aku mengurangkan segala rasa tak best ni.

Disebabkan kami tak pergi mana-mana sepanjang hari tu, kami pesan makanan melalui room service je. Aku pesan Fish N' Chip, Is pesan Chicken Chop with Blackpepper Sauce. Puas hati dapat makan western, sebab masa anniversary haritu tak dapat.



Malam tu niat nak jalan-jalan lepas tu pergi karaoke. So kisahnya kami booking lah nak karaoke kononnya. Sekali tempat karaoke tu macam tak mesra OKU juga. Ada lah rasa frustrated, tapi Is pujuk aku lagi. Baik masuk bilik, tidur ~

2 JULAI 2019 (SELASA)

Patutnya bangun pagi nak pergi breakfast. Tapi Is refuse. Dia kesian dekat aku kena tolak angkat dia semua. So Is kata nak breakfast kat luar je. Kami check-out awal. Lepas tu konon aku pun nak rushing dialisis. Asalnya nak breakfast Mcdonald's je tapi terlambat. Breakfast dari Mcdonald's dah bertukar menu lunch.

Aku pun merajuk. Hodoh perangai. Is kata, takpe, breakfast Starbucks je. Haaa terpujuk hati aku. Mengada lagi kan? haha ! Kali ni je aku mengada overdose. Tak salah kan? Kata honeymoon, kan?



After breakfast, kami terus gerak balik KL. Pengalaman yang berharga ni tak datang selalu. Aku berterima kasih pada suamiku Norzam Iskandar sebab cuba memahami aku seadanya. Dan beri aku peluang untuk lebih memahami dia.


Happy Anniversary sayang. Thanks for everything. Thanks for your efford to make me happy. I can't be the best as you but I will keep on trying. Thanks for the treat. I love you. Sorry for break our honeymoon with my tears :( And thanks again, for everything !

REVIEW D'WHARF HOTEL & SERVICED RESIDENCE

STAFF
Staff yang agak friendly. Semua tau ! Masa Is tak boleh bangun, ada guard yang bersusah payah tolong angkat Is masuk kereta. Staff dekat kaunter pun semuanya senyum je. Kaya dengan senyuman.

BILIK
Walaupun bagi aku Studio Room ni agak sempit, apa yang aku suka, kondisi dalam bilik SANGAT BERSIH ! Ya, aku susah nak jumpa bilik hotel yang agak bersih.

BILIK MANDI
Pun bersih. Tak ada lubang yang tersumbat. Pressure air agak laju. Memang syok ahh kalau korang nak bermandi manda bawah shower tu.

PEMANDANGAN/PERSEKITARAN
Bagi aku, serba serbi disini cantik dan bersih. Aku memang akan repeat datang sini kalau ada rezeki, insyaAllah. Macam-macam ada disekeliling hotel. Swimming pool dia cantik weyyy ! Ada pemandangan laut. Tapi sayang aku tak boleh mandi berenang dalam tu.

MAKANAN/BREAKFAST
Aku assume, mungkin sebab masa tu weekday so makanan dia macam so-so je la. Tak adalah yang luar biasa. Sekadar nak lapik perut tu, okay je bagi aku.

RATE
9.2 out of 10.0 . Okaylah kan? Kira kena dengan expectation aku la. Tak tahulah orang lain.

Oklah korang. Terima kasih sudi baca. Dah lama aku tak menaip panjang macam ni. Aku harap berbaloi dan bermanfaat untuk aku dan orang lain. Bye-bye !

The writer,
Tunsha_



Post a Comment

3 Comments

  1. Why not after this, apa saja yang teringin nak buat cuba replicate dan buat dekat rumah. contoh macam karaoke tu. Yang mana boleh la kan.. Harap Auni sentiasa positif, maju ke depan, senantiasa bahagia ya.

    ReplyDelete
  2. Actually memang selalu je kami karaoke. Tapi dah alang² honeymoon, nak spend kekosongan seharian tak pergi mana tu. Tapi tak ada rezeki pula. Heee thanks sis diah. InsyaAllah lebih positif lepas ni ��

    ReplyDelete