SEDAPNYA SUSHI DARI SUSHIKA

SEDAPNYA SUSHI DARI SUSHIKA - Dah banyak kali aku dok melayan iklan dari Sushika. Mula macam bolayan je sebab nampak ala-ala gimbap. Tapi depa claim depa sushi. Ai is confused. So memang takde laa aku rasa nak beli waima rasa nak makan.



Tapi makin lama semakinlah ianya memanggil-manggil aku membeli. Untuk kali pertama, aku risik-risik dulu. Nak tanya harga, boleh self pickup ke tidak? Kalau delivery berapa ringgit? Banyak lah soalan aku tanya. Lepas tu aku krik~krik~krik aje. Dasar customer hampeh aku ni.

Lepas beberapa minggu tu, aku tak tahan dah. Aku risik balik Instagram Sushika ni. Risik punya risik, lepas tu aku Whatsapp. Haaa dah pre-order, terus bankin. Sebab diorang mengamalkan pre-order, bayar dan ambil. Gittew... So clever ~


Sushika mempunyai pelbagai variasi sushi. Antara sushi udang, ayam, sambal, satay, sotong, serunding, tuna dan salmon. Salmon ni diorang tak buat selalu tak silap aku. Lepas tu Sushika ada menyediakan Celebration Box dan korang juga boleh mix sushi.

Untuk permulaan, aku membeli dua jenis sushi, iaitu Octopus Prime (Sotong) dan Teriyaki Chicken (Ayam) . Kedua-duanya sedap bagi aku. Aku puas hati sebab besar. Cuma sotong tu bagi aku agak tasteless sikit walaupun sotong dia tak kedekut (besar weyyyy) .

OCTOPUS PRIME

TERIYAKI CHICKEN

APA RASA SUSHI DARI SUSHIKA?

So, sebelum aku nak review sikit, aku nak bagitahu, Sushi dari Sushika ni adalah sushi yang di-inovasikan mengikut selera orang Melayu. That's mean, kalau tekak Melayu tak boleh terima sushi Jepun, korang boleh lah cuba sunyi dari Sushika ini. Sebab rasa dia lebih kemelayuan, gituuu...

Saiz sushi dari Sushika ini besar juga. Untuk mulut aku, kena dua kali gigitan. Untuk mulut korang, aku tak tahu. Dari segi rasa, aku tak boleh komen banyak sebab aku hanya makan dua jenis sushi. Bagi aku, Teriyaki Chicken MEMANG SEDAP ! Aku berebut dengan tuan suami. 

HARGA SUSHI SUSHIKA

Udang : RM 15
Ayam : RM15
Sambal : RM12
Satay : RM15
Sotong : RM18
Serunding : RM14
Tuna : RM10
Celebration Box : RM68
Sushi Mix : RM16

Jadi, kalau korang rasa teringin nak makan sushi yang rasanya diinovasikan, boleh cuba makan sushi di Sushika. Atau layari Instagram Sushika_HQ . Atau WHATSAPP @ Whatsapp Sushika (klik) .

The writer,
Tunsha Ayunie



Post a Comment

0 Comments