SINOPSIS KERANA DIA MANUSIA BIASA (TV3)

SINOPSIS KERANA DIA MANUSIA BIASA (TV3) - Disebabkan drama Mimpi Sabrina sudah bertukar waktu, maka slot Samarinda digantikan dengan drama gandingan Shukri Yahaya dan Emma Maembong, berjudul Kerana Dia Manusia Biasa. Lama pula tak layan Shukri Yahaya ni. Drama ini adalah adaptasi dari novel karya Wan Nur Najihah.

SINOPSIS KERANA DIA MANUSIA BIASA (TV3)

JUDUL : KERANA DIA MANUSIA BIASA
EPISOD : 15 episod
HARI/MASA : Isnin hingga Khamis, jam 10 malam
SLOT : Samarinda TV3
PENGARAH : Idora Abdul Rahman
PENERBIT : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Syukri Yahaya, Emma Maembong, Husna Mustaffa, Sasqia Dahuri, Mimi Ernida, Zera Hariz, Afzan A.Rahman, Atikah Suhaime, Afifah Nasir, Aleza Shadan, Arash Mohd, Dhia Ly, Ku Zara Eryna

SINOPSIS KERANA DIA MANUSIA BIASA

Hanya kerana kesilapan orang lain, Nurin Aira terpaksa menanggung fitnah dan umpatan orang luar. Pada usia yang muda, dia dengan rasa tanggungjawab memikul amanah untuk menjaga Alia. Ditatang Alia dengan penuh kasih sayang yang tidak terhitung banyaknya.

Tengku Shamil Zaquan masih bersedih atas kepergian isterinya. Lebih menyedihkan, isterinya pergi setelah diragut insan yang tidak berperikemanusiaan.

Dalam satu insiden Tengku Shamil dan Nurin Aira disatukan dalam satu ikatan perkahwinan. Namun perkahwinan itu tidaklah bahagia apabila Tengku Shamil hanya menganggap Nurin Aira hanya sebagai perempuan murahan.

SINOPSIS KERANA DIA MANUSIA BIASA (TV3)

Nurin Aira redha dengan segala sakit dan perit hidupnya bersama Tengku Shamil. Segala kata hinaan lelaki itu diterimanya dengan hati yang terbuka. Bagi Tengku Shamil, Nurin Aira patut terima pembalasan akibat perbuatan jahat adik kandungnya sendiri. Dendamnya makin membara, apapun yang terjadi Nurin Aira perlu menderita. Itu tekadnya.

Sehebat mana dendam yang ada, Tengku Shamil akhirnya tewas pada kuasa cinta. Kesabaran Nurin Aira telah melembutkan hatinya. Saat hati mula bahagia, dirinya difitnah akibat sikapnya yang terlalu percayakan orang luar. Rumah tangga mereka bergoncang.

Mampukah Nurin Aira menerima Tengku Shamil setelah hatinya disakiti buat kali kedua? Adakah dendam dalam hati Tengku Shamil akan hadir semula?

No comments:

Post a Comment