SINOPSIS LEGALLY BLIND (TV3)

SINOPSIS LEGALLY BLIND (TV3) - Kalau korang jenis melayan telenovela Filipina, mesti korang tak lepas peluang menonton Legally Blind. Aku tak pasti kalau online korang boleh tengok dekat mana. Tapi aku record je dekat Astro ni haaa~



JUDUL : LEGALLY BLIND
HARI/MASA : Isnin hingga Khamis, jam 3:00 petang
SLOT : Telenovela TV3
PENGARAH : Ricky Davao
PELAKON : Janine Gutierrez, Mikael Daez, Lauren Young, Marc Abaya, Chanda Romero, Therese Malvar, Lucho Ayala, Ashley Rivera, Camille Torres, Ricky Davao

SINOPSIS LEGALLY BLIND

Mengisahkan tentang Grace, seorang bakal peguam. Satu hari, Grace ditemani adiknya, Charie untuk menemui kekasihnya, Joel, di sebuah kelab. Namun Joel tidak datang menemui Grace, sebaliknya meluangkan masa bersama Charie.


Seseorang telah meletakkan dadah di dalam minuman Grace. Grace tidak menyedarkan diri. Ketika mulai sedar, dunia Grace hanya kabur. Yang dia tahu, dia sudah dir*gol. Ketika melarikan diri, Grace terlanggar pintu kaca dan kerana itu, matanya menjadi buta. Dunia Grace menjadi gelap. Dia juga menjadi trauma.


Seorang peguam bernama Edward Villareal, mengambil kes Grace. Untuk mencari penjenayah yang melakukan jenayah itu terhadap Grace, agak sukar. Kerana Grace sudah buta. Namun Edward tidak berputus asa untuk membantu Grace.


Dia juga menjadi penguat semangat Grace untuk terus hidup. Setelah sekian lama menghadapi trauma dan takut dengan dunia, akhirnya Grace semakin kuat. Dia juga menjalinkan hubungan cinta dengan Edward.

Disebalik itu, hubungan Grace dengan adiknya Charie, tidak begitu baik. Charie terlalu mencemburui Grace kerana serba sempurna. Ibu mereka sering membandingkan Charie dengan Grace.


Selang beberapa tahun, Grace memulakan kerja sebagai peguam. Dia mula bersemangat dalam meneruskan hidup. Dia juga seboleh-bolehnya cuba positif dengan keadaan sekeliling. Walaupun masih trauma dengan peristiwa hitam yang menimpanya.

Edward pula mempunyai seorang abang, merupakan penagih dadah iaitu William Villareal. Setelah lama menghilangkan diri akibat dihalau ayahnya, William muncul kembali dah berjanji dia akan berubah. Tanpa Grace sedari, pelaku jenayah terhadapnya, ada di depan mata, iaitu William sendiri !


Namun, William berasa sedikit selamat kerana Grace buta. Paling menyakitkan, adalah William dan adik Grace, iaitu Charie, menjalinkan hubungan cinta.

Adakah Grace dan Edward dapat menemui pelaku yang selama ini mereka cari?

The writer,
Tunsha Ayunie

Post a Comment

0 Comments