SINOPSIS PUTERI YANG DITUKAR (ASTRO PRIMA & PRIMA HD)

SINOPSIS PUTERI YANG DITUKAR (ASTRO PRIMA & PRIMA HD) - Tak sabar nak menonton drama berepisod berjudul Puteri Yang Ditukar, lakonan Ellisya Sanda dan Eyra Hazali. Yang paling best sebab ada Edika Yusuf.



JUDUL : PUTERI YANG DITUKAR
EPISOD : 80 episod
HARI/MASA : Isnin-Jumaat, 6:00 petang
SLOT : Astro Prima 105 & Prima HD 121
PENGARAH : Bahri Uma & Zamri Zakaria
PENERBIT : OrangeTree Production Sdn Bhd
PELAKON : Elisya Sandha, Eyra Hazali, Azrel Ismail, Julia Farhana, Edika Yusof, Siti Elizad, Ikmal Amry, Fazlina Ahmad Daud, Zila Bakarin, Adam Lee, Eizlan Yusof, Ako Mustapha, Maria Farida

SINOPSIS PUTERI YANG DITUKAR

Amira dan Zahira merupakan dua orang gadis yang mempunyai latar belakang berbeza. Amira dibesarkan di dalam kehidupan yang serba sederhana bersama kedua-dua orang tuanya, Ihsan dan Farina.

Manakala Zahira pula mempunyai kehidupan yang cukup mewah bersama kedua-dua orang tuanya, Tuan Malik dan Aini, di samping ibu tirinya, Maria dan kakak tirinya, Miesya. Tetapi Zahira selalu dibuli oleh Miesya.

Apakah perasaan Amira dan Zahira apabila mendapati mereka sebenarnya Puteri Yang Ditukar?


Post a Comment

1 Comments