DRAMA HILANG YANG KEMBALI EPISOD 1



Drama episod 1 bermula dengan babak Fara dan Danish di spa kepunyaan Fara. Danish memujuk Fara supaya tidak meneruskan penceraiannya dengan Razif. Namun, Fara tetap berkeras. Bagi Fara, kehilangan Daniel berpunca dari Razif yang bersikap sambil lewa.

Fara mula mengenang mulanya kehilangan Daniel. Mereka sekeluarga awalnya pergi bercuti di sebuah pusat peranginan di Pulau Randai. Kegembiraan bertukar menjadi kerisauan, apabila Daniel ditarik oleh seorang wanita.


Fara mula berasa tidak sedap hati dan mengajak Razif pulang. Namun Razif yang tidak mahu mengecewakan anak-anak, ingin meneruskan percutian itu dan berjanji dengan Fara, bahawa tiada apa yang akan berlaku. Fara akhirnya akur.


Keesokan harinya, ketika sedang membeli cenderahati, Daniel hilang dari pandangan mereka. Fara tidak dapat menerima kenyataan itu dan terus-terusan menyalahkan Razif. Mereka mencari Daniel namun tidak berjumpa.

Razif meminta Fara pulang ke Kuala Lumpur dan memberi perhatian pada Danish. Manakala Razif tinggal di Pulau Randai dan meneruskan pencarian Daniel. Razif berjanji, selagi tidak berjumpa Daniel, dia tidak akan pulang ke rumah.


Sekali lagi Fara akur. Di rumahnya, ibu mertua Fara mendesak dan menyalahkan Fara atas apa yang terjadi. Akibat terlalu tertekan dengan segala yang berlaku, Fara mula berhalusinasi dan mengalami kemurungan.

TONTON DRAMA

Post a Comment

0 Comments