DRAMA HILANG YANG KEMBALI EPISOD 3


Permulaan episod 3, Danish mencadangkan Razif untuk membuat ujian DNA terhadap Daniel. Secara logiknya memanglah kena buat DNA, apsal entah Fara tu boleh percaya terus melalui naluri keibuan dia tu.

Daniel pula sering mengalami sakit kepala dan mula teringat kejadian 10 tahun lalu. Dimana bermulanya dia bekerja di ladang jagung kepunyaan Tuan Ismail. Haa masa tunjuk flashback ni aku suka tengok.


Bunga, anak kepada Tuan Ismail, seorang budak yang sudah lama kehilangan kasih sayang ibu dan tidak mempunyai kawan. Namun, dia mula suka dan ingin berkawan dengan Daniel.

Di ladang itu, Daniel juga bersahabat baik dengan seorang budak lelaki bernama Randi. Randi banyak membantu Daniel.


Berahim, anak saudara pada Tuan Ismail, suka membuli Daniel. Sungguhpun Tuan Ismail membeli kanak-kanak itu untuk dijadikan pekerja ladang, namun dia menjaga dan tidak membenarkan Berahim menyentuh kanak-kanak itu termasuk Daniel.


Berbalik pada cerita selepas 10 tahun, Danish mula curiga apabila Daniel tidak makan pedas. Sedangkan abangnya itu ketika kecil, paling suka dengan sambal buatan Fara. Razif juga mula yakin bahawa Daniel itu sebenarnya bukan Daniel. Namun, Danish bersikap optimis dan mengatakan kepulangan Daniel ibarat rahmat untuk menyelamatkan hubungan Razif dan Fara.

TONTON DRAMA

Post a Comment

0 Comments