JOM PERGI MAKAN DI RESTORAN SISIK IKAN BAKAR RESEPI WARISAN TOK DI KLANG

JOM PERGI MAKAN DI RESTORAN SISIK IKAN BAKAR RESEPI WARISAN TOK DI KLANG - Siapa yang suka makan makanan laut? Kalau korang suka makan makanan laut yang segar dan ingin merasakan kepuasan menikmati hidangan pelbagai makanan laut, aku suggest korang pergi satu restoran di Klang iaitu Restoran Sisik Ikan Bakar, Resepi Warisan Tok. Kalau dah nama 'warisan', memang rasa terpanggil-panggil kan? 

JOM PERGI MAKAN DI RESTORAN SISIK IKAN BAKAR RESEPI WARISAN TOK DI KLANG

Terletak di kawasan pinggir bandar di Bandar Botanic, ianya sebuah restoran yang banyak mendapat perhatian dek kerana makanan laut yang disediakan segar dan memuaskan hati pelanggan.

Restoran Sisik Ikan Bakar menyajikan gaya masakan ' ala Melaka ' yang sangat lazat dan amat mementingkan kualiti makanan mereka segar, berkualiti tinggi dan juga premium.

Restoran Sisik Ikan Bakar menyediakan beberapa makanan laut bercengkerang berupa kerang, kupang, lala, pepahat, ketam dan udang yang didatangkan segar dari Pelabuhan Klang, setiap hari. Untung dapat makan makanan laut yang segar.

JOM PERGI MAKAN DI RESTORAN SISIK IKAN BAKAR RESEPI WARISAN TOK DI KLANG
JOM PERGI MAKAN DI RESTORAN SISIK IKAN BAKAR RESEPI WARISAN TOK DI KLANG

Korang boleh ambil sebarang jenis makanan laut yang ada dan akan dikira melalui berat makanan laut yang korang ambil. Kemudian akan dimasak mengikut permintaan korang. Restoran Sisik Ikan Bakar ini semakin dikenali pencinta makanan laut di Klang.

JOM PERGI MAKAN DI RESTORAN SISIK IKAN BAKAR RESEPI WARISAN TOK DI KLANG

Mereka juga menyediakan Sotong Bakar Madu yang mungkin menjadi kegemaran ramai. Bayangkan sotong yang segar, disalut dengan sos madu dan dibakar atas api yang memberi kesan rasa asap yang akan buat korang rasa nak makan lagi ! Hidangan ini disertakan dengan sos pedas yang dibuat dari 7 jenis rempah ratus.




Dah kata resepi ' ala Melaka ' , maka tak lari dari masak Asam Pedas. Di Restoran Sisik Ikan Bakar, mereka juga terkenal dengan Asam Pedas Ala Melaka. Pelanggan boleh memilih sebarang makanan laut untuk dimasak Asam Pedas. Aduhhh terliur ! Juga disediakan untuk peminat tempoyak, adalah Pais Ikan Tempoyak ! Wowowo sangat uolsss..

Selaiin dari masakan Asam Pedas, korang juga boleh memesan Nasi Lemak Sisik Buluh Perindu, ataupun boleh juga layan steamboat sementara menunggu makanan korang dihidangkan.

Jika teringin nak makan sayur, bolehlah memesan Kangkung, Kailan atau sayur campur. Untuk kelainan, boleh cuma Pucuk Paku.







Secara keseluruhannya, makanan dan masakan di Restoran Sisik Ikan Bakar ini memuaskan hati, mengenyangkan dan penus berperisa. Restoran ini mungkin tempat yang patut korang datang bersama keluarga mahupun rakan-rakan untuk merasai sendiri kesegaran setiap masakan laut yang dihidangkan.

Jadi, kalau korang mengidam nak makan makanan laut segar, memuaskan hati dan sedap, cubalah makan di Restoran Sisik Ikan Bakar, di Klang !


RESTORAN SISIK IKAN BAKAR
(RESEPI WARISAN TOK)

No 32, Jalan Kasuarina 1/KS7
Bandar Botanic (34.46km)
41200 Klang
Selangor

Tel : 03 - 3318 4135 / 019 - 252 1330

Waktu Operasi : 8 pagi hingga 11 malam (setiap hari)





Post a Comment

3 Comments

  1. Menarik! Kalau ke belah Klang mmg nak singgah nnt 😌

    ReplyDelete
  2. Allah.. menyelerakan betul semua menu dekat sini ^^

    https://www.nurulsyahirah.com/2019/08/company-trip-kota-kinabalu-dan-kundasang-sabah.html

    ReplyDelete
  3. banyak gak pilihan. bleh la try kalau pergi sana nanti

    ReplyDelete