MAKAN DI WINGSTOP MYTOWN SHOPPING CENTRE

MAKAN DI WINGSTOP MYTOWN SHOPPING CENTRE - Asyik makan makanan yang biasa, konon nak makan dekat kedai yang luar biasa. Ahaks ! Okay gurau. Sebenarnya aku saja nak cuba makan dekat Wingstop yang bertempat di MyTown Shopping Centre. di Cheras ni. Semuanya sebab aku tengok ayam dia ada banyak variasi rasa. Excited lah konon.

So, haritu hari Jumaat. Haah, hari Jumaat. Aku baru rasa nak update entri harini. Aku memang suka postpone entri. Padahal dari haritu aku nak update, lastly lupa sebab aku busy buat kerja rumah je.



Hmm.. hari Jumaat haritu aku teman tuan suami pergi jumpa somebody. Nak bincang hal bisnes katanya, dekat Bangsar. Aku okay je. Semakin lama semakin suka benda melibatkan bisnes ni. Kami tunggu somebody ni dekat depan Oldtown Coffee lepas tu beliau pun muncul.

Dah bincang-bincang, minum-minum, borak-borak, maka lepas tu aku lapar. Bila aku lapar, aku mulalah ajak tuan suami ke MyTown Shopping Centre. Situ je port best plus parking OKU teramatlah senang !

Dah sampai MyTown, terus cari Wingstop. Sebab aku rasa nak pembaharuan sikit. Asyik makan benda sama je. Lagipun aku dah lama aim Wingstop ni.



Masuk je kedai, aku excited. Masa tu tak ramai orang. In fact aku rasa Wingstop ni memang tak ramai. Firstly sebab kedai dia macam area atas, so orang tak nampak sangat. Second, mungkin sebab Wingstop ni agak rare.

Sedikit info mengenai Wingstop.

Masa aku datang tu, ada satu family Pakistan. Itu je. Lepas tu nampak segerombolan budak sekolah kot, share-share duit then order makan. So sweet.

Aku pun tolak wheelchair tuan suami masuk kedai. Then aku duduk. Lepas tu aku pelik, kenapa tak ada orang ambil order? Aku diam lagi, sambil mengutuk dalam hati. Padahal staff ada je yang free. Duduk je nak dekat 10 minit. Lastly nampak budak-budak tadi pergi dekat satu side and....... YES ! Order kena self-service, guna Ipad !

Aku minta tolong staff ajar aku. Alahai... senang je pun. Tapi for the first time kan? So aku minta lah diajar. Tak rugi pun minta ilmu :P

Pilihan flavour ayam di Wingstop.

Pilihan menu di Wingstop.

Dah decide nak makan apa, aku pun pilih. Rambang mata nak pilih flavour sebab semua nampak menarik dan sedap, Aku nak makan ayam je since sebelum tu aku dah makan Fish N Chip dekat kedai luar. Tuan suami nak makan burger. Itu je nampak mengeyangkan. Rice Box kat sini dihidangkan dengan nasi lemak. Cemuih pula aku dengar nasi lemak ni.

MAKAN DI WINGSTOP MYTOWN SHOPPING CENTRE

Burger ni tuan suami kata sedap dan kenyang. Ada elemen pedas. Aku orderkan untuk tuan suami flavour Balinese Spice, sebab staff recommended. Boleh pilih side dish dan tuan suami pilih Onion Ring. Untuk aku sendiri, aku order ayam 6 pieces with 2 flavour. Jadi, aku pilih flavour Garlic Parmesan & Mango Habenero.

MAKAN DI WINGSTOP MYTOWN SHOPPING CENTRE

Garlic Parmesan tu rasa kosong je bagi aku. Mango Harbenero tu more to barbeque sauce kot? Sebab taste bud aku memang rasa macam barbeque sauce je. Kira tak capai kepuasan aku la. Cuma.. ayam dia crispy. Nanti aku nak cuba makan burger pula.


WINGSTOP MYTOWN SHOPPING CENTRE (CHERAS)
L1-019, Level 1, My Town Shopping Centre,
Seksyen 90, Jalan Cochrane, Cheras,
55100 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
OPEN : 11:00 AM – 10:00 PM Daily
PHONE : 03-9202 6518
http://www.wingstop.my



The writer,
Tunsha


Post a Comment

1 Comments

  1. Follow sini.. Sudikan melawat blog saya

    https://eyma0913.blogspot.com/2019/08/jom-buat-duit-dengan-hanya-membaca-dan.html

    ReplyDelete