MASAK KURMA AYAM DENGAN KOBIS GORENG

MASAK KURMA AYAM I KOBIS GORENG - Aku ni jarang jadi rajin. Bila aku rajin, kenyanglah perut suami aku. Kalau tak, makan je la lauk leftover dalam peti tu. Jadi, harini aku nak bagitahu satu dunia, AKU RAJIN HARI INI !!!


Kecoh betul kan?
Masak kurma ayam dengan kobis goreng aje pun. Tapi tulaa.. bila sesekali masak ni, rasa berbangga dengan diri sendiri. Dulu aku rajin je nak masak. Sekarang je mood rajin tak datang selalu.


Kurma ayam ni simple je bagi aku. Aku memang suka letak cili api merah vietnam @ thailand tu. Pedas dia buat aku selera. Aku tumis bawang putih hiris dengan cili, lepas tu masukkan bawang halia kisar, tumis sampai wangi. Masukkan serbuk kurma, tumis lagi. Lepas tu masuk segala kentang dengan ayam serta bawang besar. Masukkan air dan biar mendidih sampai kentang empuk. Barulah masuk garam dengan santan. Siap !



Kobis pula... aku mayang halus-halus je kobis ni. Lepas tu aku tumbuk bawang putih, mayang cili api thailand dan tumis. Masukkan garam. Kemudian masukkan kobis, besarkan api. Goreng hingga layu. Siap.

Bila tengok tuan suami puas makan, hilanglah penat aku memasak. Aku ni suka masak, tapi tak berapa nak makan apa aku masak. Tekak asyik minta steak acah orang kaya.

Padahal kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

The writer,
Tunsha Ayunie


Post a Comment

0 Comments