RESEPI KUIH CARA BERLAUK YANG SEDAP MENGGUNAKAN TAKOYAKI PAN

RESEPI KUIH CARA BERLAUK YANG SEDAP MENGGUNAKAN TAKOYAKI PAN - Kuih cara berlauk adalah antara kuih lama kegemaran aku selain dari talam ubi. Aku kalau dapat makan kuih cara berlauk ni, boleh sebu perut. Memang berketul-ketul aku makan.

Haritu Aboy ada belikan aku takoyaki pan. Niat asal memang nak buat takoyaki. Tapi barangnya tak ada lagi. Jadi... takoyaki pan tu tersimpan jadi hiasan. Lastly aku dapat idea nak buat kuih cara berlauk menggunakan takoyaki pan.

Sedaplah untuk pertama kali buat. Tepung tu aku buat kali kedua baru okay sikit. Inti memang sedap lemak berkrim. Jom aku share.

RESEPI KUIH CARA BERLAUK YANG SEDAP MENGGUNAKAN TAKOYAKI PAN

RESEPI KUIH CARA BERLAUK - TAKOYAKI PAN

Bahan-bahan tepung kuih cara :

• 1 cawan tepung gandum

• 1 cawan air kosong

• 1 cawan santan cair

• 1 sudu besar minyak sapi

•  1 biji telur

• Secubit garam

• Sedikit pewarna kuning telur


Cara-cara bancuhan kuih cara :

• Masukkan semua bahan di dalam pengisar. Kisar hingga sebati dan tapis adunan. Ketepikan.

***************************************

Bahan-bahan inti kuih cara berlauk :

• 1 mangkuk kecil daging kisar

•  1 labu bawang besar @ bawang holland - racik halus

•  2 ulas bawang putih - racik halus

•  1 sudu besar serbuk rendang Adabi

•  1 sudu besar serbuk kari daging

•  Daun sup

•  Garam dan gula secukup rasa


Cara-cara membuat inti kuih cara berlauk :

• Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Kemudian masukkan serbuk kari dan serbuk rendang. Biar hingga pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang. 

• Masak sehingga daging empuk dan separa kering. Masukkan daun sup, garam dan gula secukup rasa. Jika minyak terlalu berlebihan, boleh ditapis.

***************************************

Bahan-bahan hiasan kuih cara berlauk :

•  Daun bawang diracik halus

•  Cili merah diracik @ dihiris bulat

•  Bawang goreng


Cara-cara membuat kuih cara berlauk menggunakan takoyaki pan :

• Panaskan takoyaki pan dengan api perlahan. Gris pan dengan sedikit minyak. Tuangkan adunan. Biar masak beberapa saat dan masukkan inti daging. Kemudian hiaskan dengan cili merah, daun sup dan bawang goreng. Tutup sebentar dengan penutup kuali @ yang boleh dijadikan penutup ^_^

• Masak lebih kurang 3 minit hingga 4 minit. Sedia untuk dihidangkan.


Aku buat ni, tuan suami tak henti makan. Dia asyik kata sedap berlemak. Mungkin cara aku masak lari dari konsep sebetulnya. Maaf. Lagipun aku guna takoyaki pan. Mungkin berbeza dari guna acuan kuih cara sebenar. Selamat mencuba !

The writer,
Tunsha Ayunie



Post a Comment

0 Comments