SINOPSIS HILANG YANG KEMBALI (TV3)


JUDUL : HILANG YANG KEMBALI
EPISOD : 12 episod
HARI/MASA : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SLOT : Samarinda TV3
PENGARAH : Amor Rizan
PENERBIT : Padi Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Aqasha, Emelda Rosemila, Azhan Rani, Taufiq Hanafi, Zamarul Hisham, Nafiz Muaz, Elisya Sandha, Arill Fesol, Zarina Zainoordin, Kazar Abd Razak, Damia Qaissara, Adam, Syed Irfan, Nur Auni Zahra, Ameer Imran

SINOPSIS HILANG YANG KEMBALI

Mengisahkan tentang konflik keluarga yang telah kehilangan anak. Sepuluh tahun yang lalu, Fara dan suaminya Razif bercuti di sebuah pulau bersama anak mereka Daniel yang ketika itu berusia 9 tahun dan Danish, 8 tahun. Hajat ingin bergembira bertukar duka, apabila Daniel hilang tanpa kesan.

Puas mereka mencari Daniel namun tidak juga ditemui. Razif membuat keputusan dan meminta Fara membawa Danish supaya pulang ke Kuala Lumpur dahulu. Awalnya Fara berkeras tetapi akhirnya dia akur setelah Razif berjanji akan mencari Danial dan tidak akan pulang ke Kuala Lumpur tanpa anak mereka.

Sebulan kemudian, Fara yang menanti penuh harapan kecewa apabila akhirnya Razif pulang juga tetapi tanpa Danial. Kehilangan Daniel memberi tamparan dalam perhubungan Fara dan Razif. Fara seolah berdendam dengan Razif kerana tidak mengotakan janjinya.

Pasa suatu hari, Fara dan Razif dikunjungi oleh seorang pemuda yang memberitahu dia adalah Daniel. Daniel mula menunjukkan kesan parut di tangannya dan juga gelang yang dipakainya sebelum hilang.

Namun, Razif tidak mempercayai bahawa Daniel itu anaknya. Jadi, siapakah Daniel?


Post a Comment

0 Comments