#THROWBACK MAKAN BOAT NOODLE MYTOWN SHOPPING CENTRE

#THROWBACK MAKAN BOAT NOODLE MYTOWN SHOPPING CENTRE - Kejadian yang dah lama berlaku, baru harini aku nak update entri? YES ! Sebab harini aku macam rajin. Entah bila aku nak konsisten dengan apa yang aku suka buat ni. Entahlah, setahun berlalu, aku sedar aku tak rajin macam dulu. Tapi sayang sungguh kalau biarkan blog ini berkubur, kan?


So, haritu aku teman Is pergi physio. Itu mungkin kali terakhir pergi physio dekat Hospital Ampang, sebab aku nampak dah setahun, tak ada progress yang memuaskan hati aku. Maka kami minta untuk pergi Physio dekat Cheras atau Hospital Sungai Buloh.

Dah settle pergi physio, Is cakap nak buat kad pengenalan baru. Kami pergi UTC Pudu pula. Mujur parking semua senang dekat sini. Yang penting, mesra OKU lah kan? Senang Is nak parking, nak keluar dari kereta sebagainya.


Settle buat kad pengenalan, perut mula berkeroncong. Aku memang selalu lepak Mytown Cheras je. Senang sikit. Parking untuk Is pun senang. Lepas tu dah familiar dengan keadaan mall situ. Puas pusing sana sini, sekali decide je la makan Boat Noodle. Lama tak layan Boat Noodle.


Dekat Boat Noodle, aku memang suka makan kuah masam tu. Gelojoh aku order sampai 10 mangkuk. 5 untuk aku, 5 untuk Is. Tapi aku pelik bila dapat kuah santan pedas tu. Terlalu gelojohkah aku sehingga salah order?

Dah order, makan lah. Takkan nak pulangkan? Jadi aku melayan penuh selera semangkuk demi semangkuk.  Aku rasa diorang salah letak label dengan menu.

Aku order Ayuthaya yang sepatutnya kuah masam, manakala Pathumthani sepatutnya kuah santan pedas. Tapi aku dapat Ayuthaya versi Pathumthani. Haa korang faham tak?


Order pula Garlic Chicken. Rasa ayam goreng kunyit aje pun. Lepas tu ada bawang putih yang dah dihancurkan dan digoreng garing. Lepas tu ditabur atas ayam. Haaa boleh lah jadi jajan korang kalau makan. Aku macam tak berapa suka. Mungkin sebab aku punya ayam goreng bawang putih lagi sedap. hahaha.... Tapi yela, tekak masing-masing.


Aku order Chicken Pad Krapow dengan harapan bolehlah berkongsi dengan Is. Lepas tu aku nak rasa je pun. Orang kata sedap. Untuk tekak aku, okaylah... Ayam cincang pedas kisahnya. Daun selasih tak berapa nak terasa. Nasi keras....! Aku tak bolehlah kalau nasi keras, spoil mood aku nak makan. Mujur aku dikurniakan seorang suami yang tak banyak songeh macam aku. Maka nasi dengan ayam itu dihabiskan oleh tuan suamiku yang tersayang.


At last aku dapat juga makan mee kuah masam yang aku dambakan. Over sungguh. Baru rasa puas. Cara aku makan Boat Noodle ni, aku akan campur mee dalam mangkuk kecil tu combine dalam satu mangkuk. Kalau tidak, aku rasa macam psiko gila... cepat kenyang. Padahal mee sikit aje pun...

Semoga ada rezeki lagi lepas ni. InsyaAllah InsyaAllah InsyaAllah :)

The writer,
Tunsha Ayunie


Post a Comment

0 Comments