ALHAMDULILLAH, ZAMANI SUDAH SAH BERKAHWIN !

ALHAMDULILLAH, ZAMANI SUDAH SAH BERKAHWIN ! - Ehh aku baru dapat tahu berita ini. Yela, dulu aku minat sangat dengan Zamani, siap berangan jadi bini Zamani. Gila sungguh perasaan zaman sekolah dulu.

Aku sangat gembira awalnya bila membaca berita bahawa Zamani sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang gadis bernama Juliana. Masa tu dah tak sabar nak tengok Zamani berkahwin.


Zamani Ibrahim selamat diijabkabul dengan gadis pilihannya, Nur Juliana dengan sekali lafaz, pada 20hb September 2019. Alhamdulillah ! Namun, mereka hanya mengadakan majlis tertutup demi menghormati keluarga masing-masing.


Mungkin ada yang tidak tahu, Nur Juliana merupakan pengurus kepada Zamani sejak beberapa tahun yang lalu, Kiranya, mereka sudah lama berkawan. Kalau jodoh tak kemana, kan?



Aku doakan hubungan Zamani dan Nur Juliana sentiasa dilimpahi dengan kebahagiaan. Juga dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah. Tahniah !

The writer,
Auni Muthal'lib


Post a Comment

0 Comments