APA RASA LATOK? SEDAP KE?

APA RASA LATOK? SEDAP KE?  - Berapa hari aku nampak orang asyik post pasal Latok. Aku nak beli pada Bell tapi tak ada rezeki aku nak beli dengan dia, jadinya aku search aje laa sesiapa yang ada jual Latok area Ampang, memandangkan aku memang sentiasa ulang alik Ampang.

Latok atau rumpai laut, juga dikenali sebagai 'anggur laut', merupakan satu tumbuhan yang teksturnya seperti telur ikan. Katanya makanan tradisi kaum Bajau. Ramai cakap sedap, tapi kalau tak cuba, tak tahu kan? Lidah dan tekak setiap manusia kan lain-lain penerimaan dia.


KHASIAT LATOK

Latok ini mempunyai beberapa khasiat pada si pemakan. Tapi pesakit tiroid mungkin tidak digalakkan sebab ianya kolagen dan tentunya high iodine.

Antara khasiat-khasiat Latok termasuklah awet muda, baik untuk kesihatan darah, pencegah kanser, dan baik untuk tulang, otot dan urat.


Untuk sebekas Latok berharga RM12 ini, aku dapat beberapa tangkai Latok, sebiji limau kasturi dan sebekas kecil sos pencicah. Bagi aku, Latok ini sedap bergantung pada pencicahnya. Masa aku beli, sos pencicahnya tak sedap di tekak aku sebab manis.

APA RASA LATOK?

Macam tekstur dia yang macam telur ikan, rasa Latok ni persis telur ikan juga. Tapi lebih kepada rasa rumpai laut segar. Sedikit berlendir bila pecah. Kalau tak biasa, mungkin tak sedap. Yang sudah biasa makan, ramai cakap rasa Latok ini sedap. Oh ya, kalau Latok segar, bila kunyah, dia akan rasa macam rangup-rangup.

Latok ni sensitif haba panas dan air. Jadi tak boleh terdedah, tak boleh rendam. Walaupun ada yang cakap Latok boleh disimpan dalam suhu bilik lebih kurang 7 hari, aku suggest sebaiknya makan terus seusai korang beli.



Aku beli dua bekas. Satu bekas tu terbuang begitu saja. Sedih uii ~ Aku kecewa, bila last minute baru tahu cara makan Latok yang sedap. Difahamkan, Latok sedap dinikmati dengan ikan bakar, atau digaul dengan cili belacan dan mangga muda.

Bagi aku, tekak aku kurang menerima rasa Latok ni. Mungkin sebab sos pencicah yang manis tu? Aku nak share satu resepi sos pencicah Latok, mungkin lepas ni boleh cuba buat sos pencicah sendiri, baru puas hati.

RESEPI SOS PENCICAH LATOK - (versi campak-campak)

Cili merah siam
Bawang merah
Bawang putih
Jus limau kasturi secukupnya
Sedikit garam
Sedikit gula

Kisar semua dan masak hingga mendidih. Sejukkan.

NAK REPEAT LAGI MAKAN LATOK?

Hmm.. lepas satu-satu kawan aku ajar cara makan Latok yang sedap, aku rasa ada rezeki nanti aku nak beli, nak cuba makan lagi. Buat sos pencicah sendiri, ataupun gaul-gaul dengan cili belacan, dan makan dengan ikan bakar? Aduh tengok gambar terkecur pula air liur. Dugaan ~

The writer,
Auni Muthal'lib

Post a Comment

0 Comments