CARA BETUL PENGAMBILAN IRON TABLET (PIL ZAT BESI)

CARA BETUL PENGAMBILAN IRON TABLET (PIL ZAT BESI) -  Punya dah lama bertahun-tahun sakit, baru aku tahu cara aku makan iron tablet tersangatlah salah. Haaa ~ patutlah hemoglobin aku tak berapa nak stabil.

Sebelum ni, aku sukahati je kejap makan sebelum, kejap makan selepas makan. Lepas tu kalau aku melugai tekak makan iron tablet, aku akan sulam dengan air kopi. Uishh...  Janganlah tiru macam aku. Nanti korang tak sihat. Ikut betul-betul saranan cara makan iron tablet ya?

CARA BETUL PENGAMBILAN IRON TABLET (PIL ZAT BESI)

TIPS MAKAN IRON TABLET SECARA BETUL

JANGAN ambil iron bersama KALSIUM atau makanan tinggi kalsium seperti SUSU

Pengambilan iron bersama dengan susu AKAN MENYEBABKAN kadar penyerapan iron menjadi sangat rendah. Akhirnya, iron hanya akan dibuang melalui najis kerana tidak diserap sepenuhnya.

JANGAN ambil iron bersama KAFEIN

Kafein MENGHALANG penyerapan iron, sama seperti kalsium. Oleh itu, elakkan meminum teh atau kopi dalam jangka masa 30 hingga 45 minit selepas makan iron supplement.

ELAKKAN makan bersama UBATAN YANG MENGURANGKAN ASID PERUT

Ubatan seperti antacid yang mengurangkan asid perut, AKAN MENGGANGGU penyerapan iron. Cuba elakkan untuk diambil bersama.
.
SEBAIKNYA makan ketika PERUT KOSONG
.
Waktu pengambilan yang TERBAIK adalah semasa perut kosong. Waktu yang dicadangkan adalah 1 jam sebelum makan atau 2 jam selepas makan. Namun, ada sesetengah orang yang mengalami kekejangan perut, loya dan cirit-birit. Bagi mengelakkan ini berlaku, anda digalakkan untuk makan iron supplement dengan sedikit makanan.
.
Makan bersama VITAMIN C

Vitamin C membantu penyerapan iron. Boleh makan iron bersama jus oren segar atau makan bersama supplement vitamin C.

Info & kredit to : Farmasi GPharmax BT

Harap apa yang aku share ni memberi manfaat buat semua. Aku kongsi sebab kadang-kadang aku lupa. Lagipun ilmu perlu dikongsi kan? Makan ubat cara betul, result darah pun akan jadi betul. Pantang jangan lupa. Haaa nasihat untuk diri sendiri juga sebenarnya.

The writer,
Auni Muthal'lib


Post a Comment

0 Comments