DRAMA INSAN TERPILIH ADAPTASI KISAH BENAR 'HUSIEN SI ORANG GILA'

DRAMA INSAN TERPILIH ADAPTASI KISAH BENAR 'HUSIEN SI ORANG GILA' - Pelbagai perasaan seusai menonton drama Insan Terpilih lakonan Shazwan Zulkifly semalam. Rupa-rupanya, telefilem ini adaptasi dari kisah benar. 


Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Perkongsian ini diceritakan oleh salah seorang Jemaah sebuah surau di Klang, Selangor Darul Ehsan. Telatah Hussien Si Orang Gila ini selalu buat jemaah surau terkejut sehingga kematiannya dirasai.

Patutlah dah lama tak nampak Husain, rupanya dia sudah pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Dia digelar 'Husein Gila' sebab dari zahirnya kita lihat dia tak seperti orang biasa atau normal.

Dia selalu ada di surau-surau. Kerja dia mengutip benda-benda kotor di karpet surau dan dimasukkan ke dalam poketnya. Pernah jemaah surau bagi dia penyapu tapi dia tak nak. Katanya, rugilah kalau aku pakai penyapu. Kalau satu aku kutip guna tangan, 10 ganda ALLAH SWT bagi aku. Jadi jemaah tak boleh nak kata apa-apa.

Kadang-kadang dia cuci bilik air surau, dia berus lantai dinding-dinding semua. Kalau satu bilik air dia berus smpai satu hari pun tak siap. Sebab apa? Orang bagi berus dia tak nak. Dia nak gunakan berus gigi nya.

Bila di tanya, katanya rugilah kalau pakai berus lantai, sekejap dah siap, tak sampai sejam dah siap. Kalau pakai berus gigi malam baru siap. Setiap kali aku berus waktu berlalu ALLAH SWT bagi aku hadiah nanti, jadi dapat banyak. (Ya Allah.. terkesima aku, aku sendiri nak buat kerja habis cepat)

Orang bagi duit pun dia taknak. Dia kata "aku ada tangan, ada kaki boleh jalan-jalan cari makanan yang orang buang, membazir berdosa. Aku tak perlukan duit. Aku makan untuk hidup nak bersihkan surau"... Subhanallah!

Perangai Husein ni pelik. Kadang-kadang dia kutip-kutip nasi satukan semua lepas tu letak kat lantai. Bila ditanya dia jawab .. "Ssemut pun makhluk ALLAH SWT, kalau kucing boleh bagi makan macam ni kenapa semut tak boleh?"...

Akhirnya jemaah imam biarkan sahaja apa dia buat. Orang solat dia tak solat. Pernah jemaah tanya, "Husein marilah solat sama?" Dia tempik nya jemaah tu. "Kan ALLAH SWT kata orang gila tak wajib solat, tak wajib lah, kau solat la!"  (Tergelak pula aku .. aduhai...)

SIAPA HUSEIN INI SEBENARNYA?

Dari yang diceritakan, asalnya Husein seorang pelajar pondok. Dia didera oleh ibu tiri dan bapanya. Sehingga dia mengalami tekanan, merayau-rayau tidak tentu arah. Wallahualam, dari apa yang aku baca saja.

Husein pernah membebel seorang diri, "Mana muazzin ni? Tak azan ke dah nak maghrib ni? Biar aku jela yang Azan" .. Awalnya jemaah lain menghalang, tetapi imam surau mengizinkan dan membiarkan saja.

Saat Husein melaungkan azan, menitik airmata bilal, imam dan jemaah yang mendengarnya. Sungguh sempurna daripada yang lain. Bila diberitahu.." Pandai kau Azan ya?" jawab Husein, "Memanglah pandai, dah hari=hari aku dekat sini, aku solat je tak wajib, aku solat cara aku la. Allah SWT tak wajibkan aku. Kan korang pun tak suka aku, semua duduk jauh-jauh..".. seusai berkata-kata, dia gelak..


Akhirnya, Husein dijemput Allah SWT. Ketika dimandikan, tida orang tukang mandikan jenazah Husein bertukar-tukar kerana tidak sanggup. Rasa menggigil dan sebak melihat jenazah Husein.

Mukanya berseri-seri. Jika dulu busuk, hitam berdaki, gigi berkarat, tetapi jasadnya kini berseri putih cantik, malah jenazahnya itu berbau wangi, kalah bau haruman minyak attar yang para jemaah pakai.

Zahirnya, kita nampak dia gila. Hakikatnya, dia bijak. Kita lihat dia berdaki, kotor, dan busuk. Sedangkan Allah SWT menunjukkan kebesaran, dan dapat dilihat murninya arwah setelah dijemput Illahi.

Bayangkan, seminggu surau sunyi sepi tanpa kehadiran Husein. Sebulan silih berganti, imam bertukar-tukar mendoakan Husein. 30 hari setiap kali lepas solat, mesti mendoakan kesejahtraan Husein sampai menitis air mata imam dan jemaah kerana merindukan 'Husein Gila' ..

Kita ini terhijab zahir sehingga tidak nampak dalamannya.

Moga kisah Husein ini menjadi iktibar buat kita yang masih hidup dan selalu mencari-cari kesempurnaan di dunia persinggahan ini. Husein tidak terlihat kesempurnaannya di dunia, namun Allah SWT begitu menyempurnakan dia setelah pergi meninggalkan dunia.

ALLAH SWT pandang nawaitu kita, hati kita, ketulusan dan keikhlasan serta keimanan, ketaqwaan, keislaman, ketaatan dan kesetiaan kita. Bukan pada rupa, warna kulit, status, harta, pangkat, darjat, kepuraan zahir batin.

Kredit : Sebuah Surau ALLAH SWT di kampungan Klang Selangor & Fazila Besah

Post a Comment

3 Comments

  1. Sedih dan terkesan baca cerita ni.. Kita yang sempurna pun tak sehebat Hussein ni. Aduhai

    ReplyDelete
  2. Terkesan sangat tengok cerita ni. Tambah pula memang dah tahu ia memang diadaptasi dari cerita sebenar. Tahniah Syazwan Zulkifli berjaya bawa watak tu dengan baik

    ReplyDelete