SAKIT BUKAN PENGHALANG UNTUK MENYERTAI MERDEKA RUN 2019

SAKIT BUKAN PENGHALANG UNTUK MENYERTAI MERDEKA RUN 2019 - Bila aku mula buat keputusan untuk menyertai larian Merdeka pada 31 Ogos 2019, ada suara-suara yang tak best seolah tidak confident yang aku boleh buat.


Selain pengidap Kegagalan Buah Pinggang tahap akhir (End Stage Renal Failure), aku juga mengidapi Kanser Tiroid (Papilarry Thyroid Carcinoma). Dan aku jadi mudah letih. Jadi tak pelik kalau orang ramai risaukan aku. Aku mengaku, bila terlalu ramai yang merisaukan keadaan aku, aku ada deep down sikit.

Tapi aku cuba positif, orang risau sebab sayangkan aku. Aku cuma perlu bangun dan berjalan terus. Aku perlu buktikan aku boleh. Aku mahu tunjuk pada dunia, seorang pesakit bukan hanya mampu meratap sedih.


Beberapa hari sebelum larian, aku cuba warm up dulu. Kak Mija selaku staff nurse yang akan teman aku pada larian tu bagitahu, aku tak payah risau sangat. Sebab dah namanya fun run, jadi dia takde cut-off timing. Kalau letih, boleh je berjalan.

Masa aku warm up, aku dapat habiskan 4km, dan aku bersyukur sebab semangat aku buat aku jadi kuat. Sudah tentulah kekuatan itu dari Allah SWT juga. Aku dah tak sabar tunggu untuk hadir Merdeka Run.


Pagi tu, Aboy teman aku. Dari awal hingga akhir event memang Aboy yang teman. Asalnya nak berlari bersama dengan Kak Mija, tapi beliau sampai lambat. Jadi kami hanya bersama di pertengahan jalan. Haha ! Selain Kak Mija, attendance HDU, Kak Pah juga ada join sekali.

Awal berlari aku dah mula rasa penat. Tapi yela... kalau melayan memang tak sampai lah aku ke finishing. Jadi aku teruskan juga. Letak mindset aku boleh je habiskan. Maka aku berjalan, berlari, berjalan, berlari. Tak lama selepas itu, aku sedar sudah sampai ke penghujung. Rasa masa macam cepat je.


Rupa-rupanya, aku dengan Kak Mija salah follow route. Ada shortcut sikit. Tapi okay lah kan? Kira jauh juga sebenarnya. Yang paling aku bersyukur, langsung tak rasa letih. 4.5 km settle, alhamdulillah.

Bila kita dah habis berlari, dapat pula medal. Tengok pula orang sekeliling yang bersemangat. Ya Allah.... memang aku tak ingat aku sakit. Malah aku dah mula merisik next event fun run untuk aku join. Aku teringin hiking tapi aku taknak ambil risiko dulu. Biar aku mula dengan fun run ni. Kuatkan stamina dulu orang kata.


Bagi aku, jika terus meratap sakit, kita akan rasa sakit. Banyak-banyaklah follow orang yang positif. Aku suka follow Marina Mokhtar dan Rashidah Jaafar. Ini antara pesakit ESRF yang agak aktif. Aku tergerak hati nak mula aktif sebab agak tercabar dengan keaktifan diorang.

So, untuk pesakit yang nak bermula aktif, GOOD LUCK. LET'S SHOW TO THE WORLD THAT WE CAN. Haaaa kan kakak dah speaking :P

The writer,
Auni Muthal'lib


Post a Comment

2 Comments