SYUKUR, IKLAN ADSENSE DAH TIMBUL

SYUKUR, IKLAN ADSENSE DAH TIMBUL - Antara salah satu berita bahagia dan gembira buat para blogger, adalah JIKA LULUS ADSENSE. Aku tahu perasaan buat kali pertama lulus. Sebenarnya aku dah lama lulus Adsense ni masa daftar blog lama. Lepas tu blog ada masalah, dan aku nekad nak buat blog baru dan emel baru. Boleh kata serba serbi baru.


Jadi, bila dah buat blog baru, aku terus apply Adsense. Takdelah menerus, aku tunggu lebih kurang 8 bulan lebih, dan cuba apply guna akaun baru. Tapi blog baru ni susah sikit lah Adsense nak approve sebab masih tak banyak konten.

Aku bersabar lagi, sampailah seorang demi seorang blogger update Adsense approved. Aku jadi tercabar pula. Padahal sebelum ni aku punya pun dah lulus. Tapi sebab tak konsisten plus Adsense aku dibekukan sebab ada entri yang melanggar polisi. Plus, blog tu pun aku dah tak guna dah.

Akhirnya, aku kembali minta pertolongan sifu Adsense, Wayne Harraz. Mulanya aku segan, tapi orang kata, malu bertanya sesat jalan. Jadi, aku pun buat muka seposen. Alhamdulillah, Wayne sangat baik dan tidak kedekut ilmu malah tak jemu membantu.


Setelah bertungkus lumus, sampai aku dah mula putus asa sebab iklan tak timbul, maka aku diamkan aje. Aku serahkan 100% pada Wayne. Ada rezeki, ada. Kalau tak ada, aku akan cuba cara lain meraih rezeki duit sebagai penampung kehidupan aku.

Rasa nak sujud syukur, selepas hampir dua minggu, masalah aku diselesaikan. Akhirnya iklan muncul dalam blog aku. Dan ini sekali lagi menaikkan semangat aku untuk blogging secara konsisten.

Aku harap aku banyak idea untuk isi konten selepas ini. Terima kasih banyak-banyak pada sifu yang banyak membantu.

Sesungguhnya bantuan yang disalurkan bukanlah hanya pada aku, tapi pada orang lain juga. Amal jariah macam ni, insyaAllah menjanjikan pahala yang mengalir. Moga Allah SWT permudahkan segala urusan Wayne yang banyak membantu.

The writer,
Auni Muthal'lib


Post a Comment

2 Comments

  1. Auni mmg terbaik. Syg sy xsehebat mcm penulisan auni. klu x, kita sama2 up. Hihiii

    ReplyDelete