TEMAN SUAMI KE KLINIK NEUROSURGERI HOSPITAL KUALA LUMPUR

TEMAN SUAMI KE KLINIK NEUROSURGERI HOSPITAL KUALA LUMPUR - Sudah menjadi rutin tuan suami, selalunya menemani aku tiga kali seminggu untuk dialisis. Aku hanya menemani at least 6 bulan sekali untuk appointment dia di Neurosurgeri. Selebihnya fisio. Itupun dah lama stop fisio dekat Hospital Ampang.

Tujuan utama appointment dekat Neurosurgeri ni sebab nak tengok progress tuan suami. Tapi aku dah awal-awal suruh dia ready everything. Sedangkan aku yang lebih dupdap sana dan sini. Awal pagi lagi kami dah sampai. HKL korang tahu laaa... parking susah.


Aku sangat berharap tuan suami dapat jumpa Mr.Thinesh, sebab banyak-banyak doktor yang tuan suami jumpa, Mr.Thinesh adalah antara doktor yang bagi aku agak humble dan eye contact dengan patient. Apa yang patient luahkan tu dia dengar, dan bagi pendapat. Tapi, harini harapan aku hancur.

Bukan aku menidakkan cara doktor lain, tapi sebagai patient, bagi aku agak tak best bila kita patient mengadu dan bertanya, tapi doktor endah tak endah je. As relative aku touching sangat tau :(

So, pasal fisio tuan suami, kami dapat referral letter untuk hantar ke Rehabiliti Cheras. Harap ada progress yang lebih membantu tuan suami.

Aku memang sakit, tapi aku tak give up nak tengok tuan suami sembuh. Doakan kami ya.

The writer,
Auni Muthal'lib


Post a Comment

1 Comments