KEK PISANG DAN KOPI SEBAGAI UJIAN


Poyo sungguh tajuknya pun. Padahal tak ada apapun. Kisahnya Mama beli banyak pisang emas. Lepas tu aku pun bukan jenis boleh makan pisang banyak-banyak. Jadi lama-lama pisang tu jadi tak berapa nak best. So sebelum rosak, Mama lenyek je la pisang tu, buat kek.

Aku sementara pantang Low Iodine Diet ni, kek memang aku diharamkan sentuh. Tapi aku jamah jela sikit, karang kempunan sampai menggigil. Emosi tak keruan.

Petang tapi, bumi Rawang ni hujan. Mula lah perut tuan suami meragam lapar. Yang aku lapar ni kena diam-diam je sebab serba serbi tak boleh nak makan. Haha !

Dah aku offer kek pisang, dia minta kopi pula. Menguji kesabaran sungguh dengan cuaca yang sejuk-sejuk ni. Tapi, aku cekalkan hati juga. Lastly aku goreng la cucur bawang sebarang 7 ketul, untuk perut aku sendiri. Berteman 2 ketul ais ketul. Boleh laa nak lapik perut. Alhamdulillah, kenyang juga.

Pantang Low Iodine Diet (LID) lagi 7 hari. Sebolehnya aku cuba bertahan dan cuba konsisten untuk minggu terakhir ni. Taknak sia-siakan RadioactiveIodine. Mahal gila kot !

The writer,
Auni Muthal'lib

Post a Comment

0 Comments