KHASIAT DAN MANFAAT DAUN SALAM

KHASIAT DAN MANFAAT DAUN SALAM - Aku suka makan nasi padang. Masakan padang dengan minang ni satu kelompok yang sama kan? So aku tanya lah Is selaku suami aku, kenapa aku masak masakan padang @ minang ni, tapi rasa dia tak sampai? Is kata, masakan minang ada rahsia tersendiri.

Puas aku try and error masak masakan padang minang ni. Sampai tahap nak putus asa dah sebab tak dapat rasa yang aku nak. Apa yang tak kena? Rupa-rupanya, 'hero' utama masakan padang @ minang ini adalah daun salam. Daun salam sebagai penyedap dan bau untuk masakan padang minang ni.


KHASIAT DAN MANFAAT DAUN SALAM

MENGHARUMKAN MASAKAN
Campurkan daun salam yang segar ataupun yang kering ke dalam masakan seperti gulai, nasi, sayur ataupun sambal balado, masakan akan jadi harum. Kandungan zat alami di dalam daun salam juga bermanfaat untuk meningkatkan daya tahan tubuh badan.

MEMUTIHKAN GIGI
Antara ubat gigi tradisional dulu, mereka menggunakan daun salam. Kerana ianya terbukti mampu memutihkan gigi yang guning. Caranya kisar daun salam bersama daun limau yang kering hingga menjadi serbuk. Kemudian bancuh dengan air hingga menjadi pes. Letak di berus gigi dan gosok gigi macam biasa.



MENURUNKAN KOLESTROL
Sediakan lebih kurang 10 hingga 15 daun salam yang masih segar, basuh dan kemudian rebus dengan 3 gelas air. Biar mendidih dan menjadi 1 gelas air. Biarkan sejuk dan tapis daun-daun tersebut, minum sekaligus sebelum tidur. Ianya berfungsi menurunkan kadar kolestrol.

MENURUNKAN BERAT BADAN
Yang memiliki masalah tubuh badan yang kurang ideal, rebus 20-30 helai daun salam bersama 4 gelas air. Masak sehingga menjadi 2 gelas air, sejukkan dan tapis daun berlebihan. Minum setiap pagi dan malam. Tapi kena lah juga exercise ya :)


MENURUNKAN TEKANAN DARAH
Rebus 7-10 helai daun salam segar bersama 3 gelas air, hingga menjadi 1 gelas air. Biarkan sejuk, tapi dan minum sehari dua kali. Minum setengah gelas dari 1 gelas air rebusan tadi.

MENGUBATI GASTRIK
Daun salam juga boleh mengubati gastrik. Rebus 15-20 helai daun salam dengan 1.2 liter air sehingga mendidih. Tambahkan gula merah secukupnya. Sejukkan air rebusan dan minum. InsyaAllah gastrik makin berkurang.

MERINGANKAN SAKIT KEJANG OTOT
Keringkan 10 helai daun salam kemudian rebus bersama 10 gelas air. Tunggu hingga menjadi 7 gelas air lalu minum setelah sejuk. Lakukan secara teratur setiap hari sehingga hilang kejang otot.

MENGUBATI DIARRHEA
Diarrhea memang tak best. Daun salam mungkin membantu dan bermanfaat untuk mengubati derita diarrhea korang. Rebus 15 helai daun salam dalam 2 gelas air. Tambahkan sedikit garam. Kemudian biarkan sejuk, tapis dan minum.



Walau apapun, amalkan gaya hidup yang sihat. Apa yang aku kongsi, mungkin ada yang tidak ada keserasian dengan tubuh badan korang. Yang pasti, daun salam memang ternyata bermanfaat. Yang paling best, adalah ianya berfungsi sebagai penyedap makanan. Moga entri ini bermanfaat untuk korang ya.

The writer,
Auni Muthal'lib


Post a Comment

1 Comments

  1. Hehe... Nak masakan Masak Lomak Cili Padi meh LeYa boleh buek kan.. Hehe.. Daun Salam memang banyak khasiatnya

    ReplyDelete