MELAYAN SAKIT SENDIRI, NAMUN TEGAR INGIN SUAMI SEMBUH

MELAYAN SAKIT SENDIRI, NAMUN TEGAR INGIN SUAMI SEMBUH.. Baru terasa nak update. Selalu aku lebih suka update dalam Facebook. Tapi hari ini, saja aku nak luah dalam blog. Sebab aku tahu, blog ini akan kekal insyaAllah walaupun aku dah tak ada nanti.

Aku ralat bila tak dapat meneruskan fisio tuan suami dalam masa terdekat. Tempoh hari aku excited bawa tuan suami ke Rehabiliti Cheras, dengan harapan cepat dapat appointment untuk fisio, namun hampa. Doktor nak semua kaji selidik tentang tuan suami. Ya, aku tak salahkan doktor pun. Nak rawat kena lah ada detail x-ray semua, kan?

Cuma... yela. Aku ralat bila fikir, kenapa dari dulu aku tak refer tuan suami terus ke Rehabiliti Cheras yang serba lengkap tu? Selama ini tuan suami fisio dekat Hospital Ampang, dan tak banyak progress untuk dia.

Spinal Cord Injury.. itu yang doktor Neuro cakap tentang condition tuan suami. Tapi, keluarga cakap tuan suami ada Muscular Dystophy. Sejarah tuan suami dulu pula, pernah dilanggar dan dipukul. Aku buntu, aku terpinga-pinga. Sebab aku tak tahu hakikat sebenar, apa yang menimpa suami aku sendiri?

Aku sendiri sedang berjuang melawan semua ini. Aku sendiri berjuang dengan emosi naik turun aku. Aku sendiri berjuang dengan sakit aku yang kadangkala menyerang sampai aku drop and down.



Tapi aku tetap tidak putus asa untuk melihat suami aku sembuh. Sekurang-kurangnya dia mampu berjalan dalam rumah pun, aku dah lega. Kalau keluar masih memerlukan wheelchair , tak apa, aku rela menolak suami yang duduk di atas wheelchair.

Aku tahu, ujian Tuhan buat aku, ringan berbanding orang lain yang lebih teruk ujiannya. Mungkin aku saja rasa yang kadangkala rasa kudrat dah sampai zon merah, tapi Ya Khaliq tahu aku masih kuat untuk berjuang.

Aku anggap semua ini jihad. Aku, isteri yang sedang berjuang dengan sakit kronik, berjuang dalam perjuangan menyembuhkan suami yang sudah tidak ada daya untuk berdiri dan berjalan. Ya, kudrat itu kadangkala letih, melawan segala emosi bukan senang. Cuma aku masih percaya atas segala kebaikan yang Allah Taala beri.




Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.

[Surah Muhammad, ayat 31 | 47:31]

Post a Comment

1 Comments

  1. Allah sayang sgt kat auni n husband, sbb tu dia bg ujian n dugaan ni, tgk tu auni masih gigih n tabah menghadapinya...semoga auni terus kuat ya,aamiin..

    ReplyDelete