MENU LOW IODINE DIET - NASI LOBAK MERAH, AYAM GRILL DAN SOS LADA HITAM

MENU LOW IODINE DIET - NASI LOBAK MERAH, AYAM GRILL DAN SOS LADA HITAM - Harini hari ke-3 aku berpantang. Tapi dua hari lepas aku tersasul juga makan tak jaga. Hari ini dalam berjaga pun, kantoi juga makan biskut. Baru niat nak konsisten pantang iodine ni. Bab makan ni memang aku tak kuat sikit.

So, pagi tadi aku breakfast cucur bawang. Bila dah masuk tengahari, mulalah fikir nak masak apa. Lost je aku rasa. Blur kepala otak. Aku banyak search dekat group tiroid, antara makanan yang boleh dimakan adalah lobak merah. Terus terdetik idea nak masak nasi ala Kenny Roger's.

MENU LOW IODINE DIET - NASI LOBAK MERAH, AYAM GRILL DAN SOS LADA HITAM

Saja aku nak kongsi resepi Nasi Lobak Merah, Ayam Grill dan Sos Lada Hitam versi Low Iodine Diet. Yang penting kena guna garam tanpa iodine. Aku cuba minimalkan penggunaan garam dalam masakan aku kali ni. Aku lebihkan perasa natural dari bawang, lobak, ayam dan lemon.

RESEPI NASI LOBAK MERAH

Bahan-bahan :
2 pot beras
Lobak merah - potong dadu
Bawang putih - cincang halus
Bawang merah - potong dadu
Cili merah - potong kecil
Minyak masak
Garam tanpa iodine
Daun pandan
4 cawan sup ayam - rebus ayam dengan air (tak perlu letak garam)

Cara-cara :
Panaskan lebih kurang 3 sudu besar minyak masak. Boleh juga gunakan minyak zaitun.  Tumiskan lobak merah, bawang merah, bawang putih dan cili merah. Tumis hingga layu dan naik bau. Kemudian masukkan beras dan garam. Goreng sehingga sisa air dari beras kering. Ketepikan. Biarkan beras sejuk.

Setelah beras mula sejuk, masukkan beras dalam periuk diikuti dengan sup ayam. Masukkan pula daun pandan. Masak nasi macam biasa.



RESEPI AYAM GRILL

Bahan-bahan :
Ayam
Lada hitam biji
Halia
Bawang putih
Garam tanpa iodine
Minyak

Cara-cara :
Kisarkan lada hitam, halia dan bawang putih dengan minyak masak. Lumur ayam dengan garam dan bahan kisar tadi. Perap sekurangnya 2 jam. Kemudian grill atas non-stick pan sehingga masak.



RESEPI SOS LADA HITAM

Bahan-bahan :
Lada hitam biji
Halia - hiris halus
Bawang merah - hiris halus
Bawang putih - hiris halus
Minyak
Stok @ sup ayam
Garam tanpa iodine
Gula
Jus lemon
Tepung jagung - bancuh dengan sedikit air

Cara-cara :
Panaskan 2 sudu minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga layu. Kemudian masukkan dalam pengisar, campur lada hitam biji dan stok @ sup ayam. Masukkan dalam periuk dan masak hingga mendidih. Perasakan dengan garam, gula, dan jus lemon. Akhir sekali masukkan tepung jagung.



Aku tahu, resepi ini agak renyah sikit. Mungkin okay bagi korang yang rajin. Aku pun tengah rajin so aku buat la sesedap sikit di hari Jumaat yang mulia ini. Harap bermanfaat ya. Selamat mencuba :)

The writer
Auni Muthal'lib


Post a Comment

2 Comments