RESEPI BENDI GORENG MAMAK MUDAH

RESEPI BENDI GORENG MAMAK MUDAH - Assalamualaikum wbt. Hai korang! Sesekali masak memang rasa best, lebih lagi lauk yang simple, dan keluarga makan bertambah, kan?

Haritu aku teringin sangat nak makan ala-ala dekat kedai mamak. So aku masak ayam goreng tepung, bendi goreng ala mamak dan kari sotong. Paling memukau, bendi goreng ala mamak tu la.

Bendi Goreng Mamak

RESEPI BENDI GORENG MAMAK MUDAH

Bahan-bahan :
10 batang bendi - potong bulat
Bawang merah - mayang halus
Bawang putih - cincang halus
2 tangkai daun kari
1/2 sudu kecil biji sawi
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
4 tangkai cili kering - potong dan rendam dengan air panas dan toskan
Ikan bilis - kisar jadi serbuk  @ setengah kiub pati ikan bilis
Garam secukup rasa

Cara-cara :
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan daun kari, biji sawi, dan cili kering. Biarkan sebentar dan masukkan bendi, serbuk kunyit, serbuk ikan bilis dan garam. Gaul sebentar, tunggu bendi masak dan boleh dihidangkan.


Senang je kan nak masak? Regu pula dengan kari ikan atau sotong, kuah manis dan ayam goreng tepung masala. Ya Tuhan~ Boleh bertambah nasi ! Selamat mencuba ya.

The writer,
Auni Muthal'lib


Post a Comment

0 Comments