RESEPI DAN CARA BUAT BOBA PEARL

RESEPI DAN CARA BUAT BOBA PEARL - Boba Tea antara menjadi kegemaran rakyat Malaysia sekarang ni. Well, rakyat Malaysia memang suka makanan atau minuman yang viral. Tapi aku nasihatkan, sesuka manapun kita terhadap sesuatu, jangan melampau batas sangat. Berpada-padalah.

Macam Boba Tea, walaupun sedap, tetap kandungan gulanya agak tinggi. Sakit memang tak datang on the spot, sebelum penyakit tu sampai, eloklah kita elakkan, betul tak?

Saja aku saja je nak kongsi resepi Boba Pearl ni, sebab menarik pula kalau nak cuba. Kalau korang rajin, cubalah. Kalau tak rajin, beli je yang instant, rebus dah siap !


RESEPI DAN CARA BUAT BOBA PEARL

Bahan-bahan :
(A)
1/2 cawan gula merah @ gula perang
1/3 cawan air
1 cawan tepung ubi kayu

(B)
1 cawan gula merah @ gula perang
4 cawan air

Cara-cara :
Masak gula merah atau gula perang dengan air. Masak dalam kepanasan sederhana (medium heat). Bila gula sudah cair dah mula pekat, perlahankan api. Masukkan sedikit tepung ubi kayu dan masak sehingga pekat. Tutup api.

Kemudian masukkan selebihnya tepung ubi kayu semasa gula merah masih panas. Sebatikan dua bahan tadi sehingga menjadi doh.


Keluarkan dari kuali, uli doh tadi hingga betul-betul sebati. Sebaiknya uli doh tadi semasa ia masih panas. Selepas itu, ambil sedikit doh tadi dan uli secara memanjang. Potong je kecil-kecil lepas tu bulat-bulatkan.

Gaulkan doh yang sudah digentel tadi dengan tepung ubi kayu yang kering. Jangan biarkan doh melekat satu sama lain. Selepas dah sebati, tapi dan buang tepung ubi kering yang berlebihan.



Didihkan air, dan masukkan doh Boba. Masak sehingga Boba timbul di permukaan. Masak lebih kurang 15 minit. Tapis kanji berlebihan dan masukkan butiran Boba dalam air berisi ais. Biar sebentar dan tapis. Ketepikan.

Sementara itu, masak air dan gula merah. Biar mendidih dan sedikit pekat, masukkan Boba dan masak hingga mendidih dan pekat.

Hidangkan dengan black tea dan susu segar. Selamat mencuba :)

NOTE : SEBAIKNYA GUNAKAN NON-STICK PAN. | Untuk mendapatkan warna hitam, gunakan sedikit pewarna makanan berwarna coklat @ hitam .

So, senang ke susah? Rajin ke korang nak buat? Untuk suka-suka boleh lah kot? Tapi bagi aku macam tak berbaloi kecuali kalau korang jenis suka buat kerja dekat dapur. Mungkin seronok lah nak buat Boba Pearl ni.

The writer,
Auni Muthal'lib


Post a Comment

0 Comments