RESEPI RENDANG PUCUK UBI GARING

RESEPI RENDANG PUCUK UBI GARING - Beberapa hari lepas, Mama belikan aku pucuk ubi, itupun aku yang minta. Asalnya nak masak bening ala padang, tapi kemalasan berpuncah pada paksi, aku biarkan saja pucuk ubi tu dekat dapur.

Kalau dah biar lama, memang akan rosak la kan? Aku pun rasa bersalah sebab tak masak. Lastly baru teringat nak buat rendang pucuk ubi garing.. Dulu aku makan rendang pucuk ubi ni masa Mama bawa balik kot, kawan dia bagi.



Nak buat rendang pucuk ubi ni memang makan masa. Nama pun rendang kan? Cuma bahan-bahannya tak banyak macam rendang daging dan ayam. Kiranya kau mampu juga nak buat. Cuma rajin atau malas je la.


RESEPI RENDANG PUCUK UBI GARING

Bahan-bahan :
Pucuk ubi - leraikan dari tangkai
Bawang merah
Bawang putih
Cili padi
Kunyit hidup
Ikan bilis
Garam
Gula
Asam jawa @ asam keping (aku guna asam jawa)
Serai - ketuk
1 kotak santan

Cara-cara :
Pucuk ubi yang sudah dileraikan, rendam dalam air garam sebentar. Kemudian, toskan.  Kisar bawang merah, bawang putih, cili padi, kunyit hidup dan ikan bilis. 

Panaskan minyak, masukkan serai yang diketuk. Kemudian, tumiskan bahan kisar tadi.  Masukkan santan dan air, kemudian perasakan dengan garam, gula dan asam. Sesuaikan rasa, kemudian masukkan daun ubi. Masak sehingga kering dengan api perlahan. Siap :)

Post a Comment

0 Comments