REVIEW JOKER : BILA SEORANG YANG BAIK MEMILIH UNTUK MENJADI JAHAT

REVIEW JOKER : BILA SEORANG YANG BAIK MEMILIH UNTUK MENJADI JAHAT - Siapa yang sudah menonton filem Joker? Aku bukanlah peminat watak Joker ini, tapi bila aku tengok orang update filem Joker best, terus rasa nak pergi menonton.

Joker adalah filem psikologi Amerika yang diarahkan oleh Todd Phillips. Filem ini berasaskan watak DC Comics, lakonan Joaquinn Phoenix sebagai Joker. 


REVIEW JOKER : BILA SEORANG YANG BAIK MEMILIH UNTUK MENJADI JAHAT


JOKER (2019)
(Genre - Psycological Thriller, Drama, Aksi)

Pelakon : Joaquin Phoenix, Robert De Niro, Zazie Beetz, Frances Conroy, Brett Cullen, Glenn Fleshler, Leigh Gill

Pengarah : Todd Phillips

SINOPSIS JOKER

Mengisahkan tentang Arthur Fleck, yang sedang menderita dengan penyakit Neurological Disorder, satu penyakit yang menyebabkan dia akan sentiasa ketawa dalam waktu yang tidak sesuai. Arthur tinggal bersama ibunya, Penny Fleck, di Gotham City.


Arthur hidup bergantung dengan ubat dan sentiasa berjuang melawan sakitnya. Dia bercita-cita untuk menjadi pelawak terkenal. Dia cuba menggembirakan semua orang di sekelilingnya. Namun, dia sering dibuli dan diperlekehkan.

PLOT REVIEW

Bila aku tonton filem Joker ini, perkara pertama adalah aku mahu hayati wataknya. Bila aku terlalu menjiwai, ada satu perasaan sebak yang sangat mencengkam dada aku.

Mengharapkan kasih sayang, namun sering dibuli, diperlekehkan, malah didera dari kecil. Bukan saja itu, kehidupan Arthur penuh dengan penipuan.


Arthur adalah seorang pejuang sebelum dia menjadi Joker. Bayangkan hidup harus bergantung dengan ubat untuk kelihatan normal. Dia tahu dia sakit. Dia cuba cari jalan untuk tidak nampak sakit dengan cara pergi kaunseling.

Dia tidak mempunyai kawan ataupun teman untuk berkongsi segala yang dia rasa. Akibatnya, dia telah mencipta satu karakter sebagai penemannya. Arthur juga kerap menulis skrip jenaka di dalam buku notanya.


Bayangkan, betapa percayanya dia pada si ibu, dan dia mengetahui selama ini dia ditipu. Dia mengidolakan Murray Franklin, seorang pengacara talk-show , namun Murray Franklin telah mempergunakan Arthur untuk menaikkan rating rancangannya. Dia percayakan Randall, kawan satu tempat kerja yang konon ingin membantunya, hakikat sebenar Randall juga telah mengkhianatinya.


Terlalu sedih bila aku melihat jalan kehidupan seorang Arthur. Akibat terasa diri terlalu diperlekehkan, Arthur mengambil keputusan untuk tidak lagi mengambil ubat-ubatnya. Dia berubah menjadi Joker yang tiada lagi rasa belas pada sesiapa yang cuba mengkhianati dia.

FULL REVIEW

Mula-mula aku ingatkan filem ni ada involve dengan apa-apa watak dalam Batman or something, tapi tidak ya. Filem ini betul-betul menceritakan watak Joker itu sendiri. Kenapa dari seorang badut, dia menjadi penjenayah? Dan disebabkan persoalan inilah, buat aku ingin sangat menonton filem Joker.



Sinematografi filem Joker memang best. Soundtrack pun ngam. Kena dengan setiap scene dan situasi dalam filem ini. Gambar cantik. Bagi aku agak perfect.

Pelakon? Semua tiptop! Aku tak pernah tengok pun Joaquin Phoenix ni berlakon so aku agak impressive dengan lakonan dia sebagai Joker. Dah terasa macam aku masuk dalam watak dia.


Korang boleh mendalami kehidupan seorang pengidap mental illness dalam filem ni. Macam mana pesakit berjuang, macam mana dia suffer dengan sakit dia sendiri.

Ada yang kata filem Joker ni boring. Ending baru best. Bagi aku, flow cerita ni cantik je. Maksud aku, dari awal dia slow-slow jadi makin best. Ada part-part yang korang akan rasa unexpected. So korang kena tengok dan nilai sendiri.


Aku tak puas hati sikit bila dalam filem ini, mengatakan Arthur (Joker) pernah didera oleh Penny Fleck (ibunya) , tapi tidak menunjukkan langsung Arthur ni macam berdendam atau negatif dengan ibunya. Malah dia menjaga Penny sebaik-baiknya. Tolong mandikan, siap ajak menari. Sampai aku fikir, aku salah faham ke bab dia kena dera dengan ibu dia? Haa part ni je spoiled bagi aku.

Overall, rating aku untuk filem Joker adalah 7.5 / 10

Post a Comment

0 Comments