REVIEW TULLY (2018) : BILA IBU YANG TERLALU LETIH, MENCIPTA WATAK LAIN DALAM HIDUPNYA

REVIEW TULLY (2018) : BILA IBU YANG TERLALU LETIH, MENCIPTA WATAK LAIN DALAM HIDUPNYAAku jarang layan filem dekat Astro HBO atau Fox Movies. Tapi ada satu malam tu aku macam bosan je nak layan drama Melayu, aku layan la movie matsalleh sesorang dengan Fox Movies. Movie aku tengok tu berjudul Tully.


TULLY (2018)
(Genre - Parenthood, Drama)

Pelakon : Charlize Theron, Mackenzie Davis, Mark Duplass, Ron Livingston

Pengarah : Jason Reitman



SINOPSIS TULLY

Mengisahkan tentang Marlo, seorang ibu yang sangat bersifat keibuan, bertungkus-lumus menjaga dua orang anak-anaknya, walaupun dia sedang sarat mengandung. Suami Marlo, Drew, merupakan seorang suami yang penyayang dan rajin bekerja. Namun, Drew tidak pernah mengetahui kepayahan Marlo dalam usaha menjaga anak-anaknya.


PLOT

Walaupun tengah sarat mengandung, Marlo sebagai ibu mithali tegar menjaga anak-anaknya. Dia mempunyai seorang anak perempuan, dan seorang anak lelaki. Anak lelaki Marlo, iaitu Jonah, mempunyai satu simptom masalah psikologi. Untuk mengurangkan simptom yang dialami Jonah, Marlo akan menggosok badan Jonah setiap pagi menggunakan berus khas.

Satu hari, Marlo dan Drew pergi ke rumah Craig, abang kepada Marlo, seorang yang kaya. Craig memberi cadangan pada Marlo supaya dia mengambil pengasuh malam selepas bersalin nanti, namun Marlo menolak cadangan itu.


Setelah lama menanggung sarat, akhirnya Marlo bersalin anak yang ketiganya, seorang anak perempuan yang diberi nama Mia. Selepas bersalin, Marlo menjadi cepat penat. Dia menjadi semakin tertekan apabila pengetua sekolah Jonah ingin menukarkan Jonah ke sekolah khas. Akhirnya, Marlo mengambil keputusan untuk menerima cadangan Craig supaya mengambil pengasuh malam, untuk menjaga Mia.


Malam itu, Marlo didatangi seorang gadis muda yang cantik. Gadis itu memperkenalkan diri sebagai Tully. Awalnya Marlo pelik melihat Tully yang seolah sudah biasa menjada budak kecil. Lama-kelamaan, Marlo mula bersahabat baik dengan Tully. Tully seorang yang rajin, kedatangannya bukan saja untuk menjaga Mia, tetapi dia membantu Marlo mengemas rumah.


Drew tidak begitu mengenali dan tidak pernah bertentang mata dengan Tully. Dia hanya mengetahui tentang Tully dari cerita-cerita Marlo sahaja. Pada satu malam, Tully berbual dengan Marlo. Marlo memberitahu Tully bahawa Drew sangat tertarik dengan gadis berpakaian restoran. Malam itu, Tully berpakaian seperti gadis restoran dan masuk ke bilik Drew, ditemani Marlo. Tully mula mengg0da Drew.


Setiap hari Marlo dan Tully menjadi semakin rapat. Tully ternyata sangat penyayang. Adanya Tully, Marlo menjadi lebih bersemangat. Marlo berasa dia ada masa untuk rehat. Tully menjaga Mia dengan penuh baik.

Malam itu, Tully mengajak Marlo keluar ke clubhouse . Marlo berkeras menolak pelawaan Tully, namun Tully memaksa. Akhirnya Marlo mula akur. Mereka berdua keluar dan meluangkan masa bersama.



Di clubhouse, Tully memberitahu Marlo, itu adalah hari-hari terakhir dia bekerja dengan Marlo. Selepas ini, mungkin dia tidak akan ada disamping Marlo lagi. Perkara itu membuat Marlo berasa sedih dan kecil hati.



Akhirnya mereka buat keputusan untuk balik rumah. Semasa dalam perjalanan, Marlo dan Tully mengalami kemalangan. Kereta yang dipandu Marlo, jatuh ke dalam sungai. Namun Tully tiada disitu. Sebaliknya, tiba-tiba Marlo sedar, Tully berubah menjadi ikan duyung, dan menyelamatkannya dari terus hanyut dan lemas di dalam kereta.

PLOT TWISTED !


Di hospital, seorang doktor Psikiatrik memanggil Drew untuk berbincang. Doktor bertanya Drew jika Marlo sebelum ini ada masalah berkaitan jiwa dan mental ataupun tidak, namun Drew tidak pasti. Doktor memutuskan bahawa Marlo menderita kerana kurang tidur dan mengalami keletihan yang melampau. Mungkin juga postpartum-depression.



Apabila kerani bertanya Drew tentang nama keluarga Marlo, Drew menjawab "Tully" . Dari situ kita sudah tahu, selama ini 'Tully' tidaklah wujud. Ianya hanya watak rekaan Marlo semata-mata.

FULL REVIEW

Memang korang boleh rasa keletihan Marlo dalam filem ini. Sedang sarat mengandung, perlu handle anak dia Jonah, yang asyik tantrum je. Suami dia Drew, bila malam je asyik main game. Langsung tak peduli penatnya Marlo menjaga anak-anak. Drew ni tahu cari duit, main game. Ulang-ulang macam tu je.

Patutlah masa 'Tully' masuk dalam bilik Drew, Drew macam tak terkejut pun. Dia layan dan respon macam dah lama kenal 'Tully' . Rupanya yang bersama dengan dia malam itu, adalah Marlo.



Kejadian di clubhouse dan di dalam rumah, semuanya berkenaan Marlo saja. Rumah berkemas pun sebab Marlo yang kemas.  Akhir cerita ini, Drew mula menunaikan tanggungjawab. Dia mula ambil tahu tentang Marlo. Jonah tidak perlu lagi digosok badannya. Happy ending :)

The writer,
Auni Muthal'lib


Post a Comment

0 Comments