SAMBUT BIRTHDAY ALIAH DI GRAND LEXIS PORT DICKSON

SAMBUT BIRTHDAY ALIAH DI GRAND LEXIS PORT DICKSON - Teruja adik aku, Auji Aliah, bila Mama cakap nak sambut birthday dia dekat Grand Lexis Port Dickson. Maka berapi-apilah ayat  dengki daripada kami abang-abang kakak dia ni haa.. Ahaks !

Takdelah, gurau je. Kami pun tumpang happy. Mama pun saja nak me-time dengan anak, menantu dan cucu. Lama dah tak bercuti bersama. Last haritu dekat Johor, masa nak Konvo Adib . Lepas tu masing-masing pakat busy je.



Jadi, Mama bercadang untuk pergi ke Grand Lexis Port Dickson pada 30 September 2019. Kami pergi 2 hari 1 malam je tapi tetap happy. Walaupun dalam keadaan tak berapa sihat, Mama tetap berusaha nak happykan kami satu keluarga.

Kami sampai ke Port Dickson agak awal, masing-masing pun lepas tu kebulur lapar. Kami pun cari tempat makan. Terjumpa satu Restoran Citarasa Kampung, makanan dia boleh tahan juga, sedap. Memang rasa-rasa kampung gitu. Itu tekak aku, yang lain tak tahu.

INFO RESTORAN CITARASA KAMPUNG
No 1, 2 & 3, Jalan Bukit Orkid,
Taman Orkid, 71000, Port Dickson, Negeri Sembilan
WAZE : Citarasa Kampung
📲 0142228517/0196007800
☎️ 066462566




Sebelum pergi ke Grand Lexis haritu, aku dah minta Mama untuk tanya kaunter jika tempat ini adalah wheelchair friendly. Aku taknak tuan suami rasa dia menyusahkan sesiapa.

Alhamdulillah, sampainya kami ke Grand Lexis, staff sambut kami dengan mesra. Ada staff yang volunteer untuk tolak tuan suami ke bilik. Kami yang lain pula naik buggy. Abang buggy pun ramah je walaupun muka garang. Hehe~



Masuk dalam bilik, kami excited tengok private swimming pool . Aku dengan tuan suami hanya mampu tengok aje la. Aku dah tentu bertiub dekat leher, tuan suami pula susah nak bergerak.

Malam tu, adik-adik order Domino's Pizza, Mama pula bawa kek yang dia buat sendiri. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Sambul beberapa jam awal sebelum birthday Yah, sebab masing-masing dah mengantuk.


Ini kek yang Mama buat.

Bukan kek aje yang Mama gigih buat, hiasan birthday dalam bilik pun beria-ria Mama hiaskan. Rasanya dah lama sangat birthday kami adik beradik tak ada segala prop ni. Selalu ada kek, nyanyi happy birthday dan makan. Kali ni bersungguh Mama menghias. Okaylah, boleh feeling-feeling bergambar background belon.





Keesokan harinya, masing-masing tanya nak breakfast apa? Mama dapat breakfast dekat hotel untuk dua orang. Aku berebut dengan Aboy nak ikut Mama, akhirnya Aboy mengalah. Lepas tu aku pula serba salah sebab tak makan banyak. Padahal breakfast memang variety. Kira rambang juga mata nak makan itu ini. Sayangnya haritu aku sesak nafas, nak makan pun dah macam pergi berlari. Mengah tak tahu kenapa.

Adik-adik lagi kesian. Konon order Mc'Donalds breakfast. Tapi tiba-tiba sistem online breakdown. Masing-masing kebulur lapar. Balik tu, kami makan dekat RNR aje.



Terima kasih pada Mama atas treat yang indah ini. Kami adik-beradik happy sangat. Mudah-mudahan ada rezeki untuk share-share, kami adik-beradik pula boleh bagi treat untuk Mama Abah. insyaAllah !

The writer,
Auni Muthal'lib


Post a Comment

0 Comments