22 OKTOBER 2019 : SEMANGAT NAIK LEPAS JUMPA DOKTOR

22 OKTOBER 2019 : SEMANGAT NAIK LEPAS JUMPA DOKTOR - Assalamualaikum wbt. Semalam aku ada klinik dengan Pakar Nephro Hospital Ampang,  Dah kata nak jumpa doktor, terus rasa dupdapdupdap, kencang sungguh rasa dekat dada ni.

Yang buat aku makin gabra, sebab aku punya result Phosphate agak tinggi. Comfirm doktor akan tanya soalan sama... "Kenapa result awak tinggi?" Jenuh aku nak berbasa-basi bagitahu kenapa result aku teruk.



Masuk dalam bilik doktor, aku bagi salam. Doktor dah senyum pandang aku. Is duduk dekat luar je, aku memang tak bagi masuk. Aku lebih selesa jumpa doktor sendiri je.

Bila doktor dah senyum tu, perkara pertama seakan sudah dijangka...

"Auni... kenapa result Phosphate awak teruk? Stress lagi ke?"

Aku menidakkan. Aku senyum. Main-main jari. Rasa terkebil-kebil je aku nak menjawab.

"Kalau dulu result Phosphate tinggi sebab stress, kali ni sebab apa? Cuba bagitahu doktor?"

Sabar je la aku dengan pertanyaan Dr. Nora kali ini. Jadi, aku ambil je keputusan untuk mengaku, yang aku banyak minum 3 in 1 coffee. Dan aku tak makan ubat secara konsisten.

Doktor senyum.


"Auni.. please jaga diri awak. Semua orang boleh cakap, diorang sayang awak, tapi awak kena sayang diri awak lebih. Tolong jaga diri.."

Sepanjang Dr.Nora cakap, aku rasa dada aku membukam menahan sebak. Mata dah rasa panas, airmata dah bergenang. Puas aku sembunyikan rasa, tiba-tiba Dr.Nora sambung...

"Doktor bukan nak buat awak down, bukan nak awak sedih, tapi, awak kena sayangkan diri awak.."..

Aku diam. Dan angguk faham. Dr.Nora turut bagitahu aku, aku boleh ambil kopi, dengan syarat ianya kopi O.

"You want the coffee, but you don't want the susu.." 

Aku lupa nak bagitahu Dr.Nora, selain kopi, aku memang addict dengan susu. Sabar je la kan.. Aku juga minta Dr.Nora ubat Sevelamer . Sebab aku tak lalu nak makan Calcium Carbonate yang kena kunyah tu. Alhamdulillah Dr.Nora izinkan. Itupun kalau ada stok.


Aku akui, aku agak down, bukan pasal aku, tapi orang sekeliling. Bukan aku salahkan orang sekeliling, tapi terlalu complicated untuk diceritakan. Lepas jumpa Dr.Nora semalam, aku makin sangat, makin rasa nak jaga diri. Nak selalu aktif, nak pantang makan. Aku harap aku konsisten dengan semua yang aku buat ni.

Bismillah ~

The writer,
Auni Muthal'lib

Post a Comment

0 Comments