SINOPSIS CEMBURU SEORANG PEREMPUAN (ASTRO RIA & RIA HD)

SINOPSIS CEMBURU SEORANG PEREMPUAN (ASTRO RIA & RIA HD) - Assalamualaikum wbt. Hai korang. Jangan lupa menyaksikan drama yang best berjudul Cemburu Seorang Perempuan di Astro Ria dan Ria HD, jam 7 malam. Drama ini menggandingkan Amar Bahrin, Amyra Rosli dan Emma Maembong sebagai watak utama.

Masa tonton tayangan perdana drama Cemburu Seorang Perempuan, memang dah boleh agak drama ini meruntun jiwa dan emosi. Tapi, betul ke? Sama-sama kita tonton ya :)


JUDUL : CEMBURU SEORANG PEREMPUAN
GENRE : Drama 
HARI/MASA : Isnin hingga Khamis, jam 7 malam
PENULIS ASAL : Siti Hazneza Abdul Hamid
PENGARAH : Eyra Rahman
PRODUKSI : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Amar Baharin, Amyra Rosli, Emma Maembong, Bella Dowanna, Dini Schatzmann, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Mior Darwish

SINOPSIS CEMBURU SEORANG PEREMPUAN

Zikri dan Dhiya berkawan baik dan sangat rapat sejak mereka sekolah lagi. Keakraban mereka tidak disukai keluarga Zikri, kerana Dhiya bukanlah dari keluarga yang senang. Keluarga Zikri akhirnya berpindah ke Kuala Lumpur bagi memisahkan hubungan Zikri dan Dhiya.

Zikri kemudian berkahwin dengan Emilia. Hidup mereka bahagia dan dikurniakan seorang anak yang tidak begitu sempurna, Ian. Emilia tidak dapat menerima keadaan tersebut.



Dalam satu tragedi yang menimpa Emilia, dia telah mengambil keputusan untuk membenarkan Zikri mengahwini Dhiya.

Walaupun mereka berkahwin secara sah, namun hubungan Zikri dan Dhiya tidak seperti tidak lebih dari sahabat. Namun, Emilia mulai cemburu dengan hubungan mereka.

.
.

Post a Comment

0 Comments